Setiap pasangan selepas mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan untuk mempunyai zuriat pula. Meskipun begitu, ada juga yang menantikan kedatangan cahaya mata bertahun-tahun namun ada juga sebaliknya.
Begitu jugalah yang dialami oleh pasangan usahawan dan Instafamous, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina. Pasangan ini bersama cahaya mata sulungnya, Raisya Arisa bagaimanapun kini difahamkan sedang berada ditanah suci, Makkah,
Terbaru, perkongsian tentang penantiannya menantikan zuriat juga dikongsikan oleh Hafiz Mahamad sehingga meraih perhatian ramai.
Ujar usahawan ini, selepas berkahwin dia dan isteri sangat mahukan anak dan mengatakan sudah pelbagai usaha dilakukan namun rezeki untuk memiliki zuriat tidak kesampaian ketika itu.
Namun pasangan ini tetap sabar dan ketika rakannya pergi menunaikan ibadah haji, dia telah mengirimkan doa dan membuatkan dia sangat bersyukur selepas 2 minggu, isterinya itu hamil.
Rezeki selepas 6 bulan isterinya itu hamil, katanya mereka ke bumi mekah bagi menunaikan umrah yang pertama.
Perkongsian video disamping memberikan nasihat buat anaknya itu nanti membuatkan netizen turut mendoakan keluarga bahagia ini.
“Daddy nak awak ingat kisah ini. Daddy mohon pada pemberi rezeki untuk ada awak dalam hidup daddy. Allah bagi, sekarang daddy bawa kamu ke sini untuk kamu tahu…”
Dalam pada itu, Hafiz Mahamad turut berkongsikan mengenai isterinya yang datang ke sana untuk berdoa mengenai jodoh mereka.
Be the first to comment on "“Disini ‘bumi mekah’ aku memohon, disini juga aku bawa hasilnya”"