Penyanyi Terkenal Aman Shah MeninggaI Dun!a

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2 petang tadi.

Berita duka itu disahkan oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly kepada Astro AWANIsebentar tadi.

Menurut Hadzly, 43, Allahyarham bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.

Kata Hadzly, buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan dijangka kebumikan hari ini.

Aman Shah yang berusia 68 tahun pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.

Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Penyanyi Terkenal Aman Shah MeninggaI Dun!a"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*