Seorang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan berkait penghinaan terhadap agama Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada bulan lalu.
Menurut laporan BH Online, Siti Nuramira Abdullah didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas dikatakan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.
Tertuduh yang berusia 26 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Berdasarkan tuduhan, wanita itu berdepan hukuman penjara antara tiga hingga lima tahun jika disabitkan kesalahan.
Seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail tiba di Kompleks Mahkamah KL dengan diiringi pihak polis bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan hari ini.

📸 Sera Nasir | BERNAMA pic.twitter.com/buabVA5ZJL
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 13, 2022
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily
Sumber: BH Online
Be the first to comment on "Siti Nuramira Abdullah Mengaku Tidak BersaIah Atas Tuduhan H!na Islam"