Sekian Lama Tak Nampak Dalam Dunia Hiburan, Inilah Wajah Terkini Wangi The Fabulous Cats

Masih ingat dengan kumpulan The Fabulous Cats (TFC)? Kumpulan ini yang ditubuhkan sekitar 2016 pada asalnya dianggotai oleh Cat Farish, Adeep, DJ Sumo turut menampilkan beberapa penyanyi wanita yang silih berganti. Bermula dengan Ellie, Farhana, Datin Alyah, Ochi, Wangi Julianda dan Zizi Kirana sebelum kumpulan ini berpecah secara keseluruhannya.

Wangi Sudah Berhijab

Bercakap mengenai penyanyi wanita TFC, murai.my baru-baru ini menerusi Jelajah Media Digital ke Yogyakarta anjuran Kementerian Pelancongan Indonesia berjaya mendekati salah seorang penyanyi wanita tersebut iaitu Wangi Julianda atau lebih mesra disapa sebagai Wangi.

Wangi, 30 berundur dari TFC sekitar 2011 turut popular dengan lagu Cinta Kosmik tampil dengan single solo nya yang merupakan lagu tema filem Mantera pada tahun 2012 berjudul Lara. Masih lagi lincah dan riang seperti dahulu, Wangi kini kelihatan semakin cantik dan sudah mengenakan hijab.

Aktif Dalam Zumba

Meskipun tidak lagi aktif menyanyi, siapa sangka Wangi kini merupakan seorang jurulatih seni Zumba yang terkenal di Indonesia. Malah Wangi turut mencetuskan fenomena nya tersendiri apabila merakamkan aktiviti Zumba nya itu di pelbagai lokasi menarik termasuk kawasan pelancongan terkenal di seluruh dunia.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Sekian Lama Tak Nampak Dalam Dunia Hiburan, Inilah Wajah Terkini Wangi The Fabulous Cats"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*