Lelaki Pakistan terima anak ke-60

Islamabad: Seorang doktor Pakistan yang menyambut kelahiran zuriat ke-60 masih mengimpikan anak ramai daripada tiga isteri dan daripada bakal isteri baharunya.

Sardar Jan Mohammad Khan Khilji, 52, yang menetap di Quetta, ibu kota Balochistan, mengusahakan kliniknya sendiri di bandar itu dilaporkan mempunyai tiga isteri dan baru-baru ini, dia menyambut kelahiran anak ke-60, Khushal.

Sardar berkata, dia merancang mengahwini isteri keempat bagi memastikan impiannya memiliki anak ramai tercapai.

“Saya meminta semua rakan saya untuk membantu mencari seorang gadis untuk perkahwinan keempat saya.

“Saya mahu anak ramai daripada semua isteri,” katanya kepada BBC.

Pada 2016, Sardar menjadi tajuk utama berita antarabangsa selepas menyambut kelahiran anak ke-35.

Ketika itu, dia mengumumkan rancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 anak.

Sardar berkata, walaupun inflasi menjejaskan kewangannya, namun dia tetap komited untuk menambah ahli keluarga.

“Perniagaan semakin perlahan. Harga semua barangan asas termasuk tepung, minyak sapi dan gula meningkat tiga kali ganda.

“Selama tiga tahun kebelakangan ini, semua rakyat Pakistan termasuk saya sendiri menghadapi kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Untuk rekod, individu yang memiliki anak paling ramai setakat ini adalah petani Ghana, Mzee Musa Hasahya yang mempunyai 102 anak. Lelaki itu turut mempunyai 568 cucu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Lelaki Pakistan terima anak ke-60"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*