“Rasanya dia sokong Brazil” – Awek balik kampung, pemuda bawa arnab lepak mamak layan Piala Dunia… ‘sopan’ sebab diupah jambu

Teman wanita tak ada, arnab kesayangan diajak teman tengok Piala Dunia 2022!

Dalam video tular yang dikongsi di akaun TikTok @zackzarif73, kelihatan haiwan itu sedang mengunyah dan mengusap muka di atas meja makan Restoran Hakim, Jalan Kristal, Shah Alam sambil ditemani tuannya.

Pelajar Universiti Selangor (Unisel) bernama Ahmad Zarif Haikal, 24, juga dikenali sebagai Zack berkata, arnab yang dipanggil Zoro itu sebenarnya hadiah yang dibeli untuk teman wanitanya.

Zoro dibeli sebulan lalu dari sebuah kedai haiwan peliharaan, Planet Aqua & Pets, di Setia Alam.

Pada masa itu, teman wanita Zack iaitu Puteri, 22, yang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam pulang ke kampungnya di Muadzam Shah, Pahang selama dua minggu untuk bercuti dan dia diamanahkan untuk menjaga Zoro.

“Malam itu merupakan malam pembukaan Piala Dunia 2022, perlawanan pertama antara Qatar dan Ecuador.

“Saya bawa Zoro sebab kebetulan baru sampai di Shah Alam dari rumah keluarga saya di Ampang, nak tengok acara pembukaan Piala Dunia.

“Sebagai upah, saya bagi dia jambu. Kalau bawa Zoro keluar memang selalu bagi buah seperti jambu, epal, dan lobak merah,” katanya.

Video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok itu meraih lebih 20,000 tanda suka dengan rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Zoro.

“Kenapa arnab abang sopan? Arnab saya, macam kena r4suk.

“Dia pun tengok Piala Dunia, comel.

“Elok pula dia duduk atas meja itu,” demikian antara komen netizen di TikTok.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Walaupun ramai netizen yang menganggap Zoro comel apabila dibawa ke restoran, terdapat juga pengguna TikTok yang mempertikaikan apa yang dilakukannya.

“Janganlah bawa, nanti orang lain mula bawa anjing ke kedai makan dan letak atas kerusi atau meja, orang marah pula,” kata seorang pengguna TikTok.

Zack tenang menjawab krit1kan netizen dengan memberitahu bahawa dia telah meminta izin pemilik kedai sebelum mengeluarkan Zoro dari beg haiwan peliharaannya.

Dia juga menambah yang arnab yang dibawa bukanlah haiwan lar4ngan atau h4ram dipegang.

“Kalau saya sokong Brazil, Zoro rasanya pasti sokong Brazil ikut saya,” ujarnya kepada mereka yang ingin mengetahui pasukan yang disokong dalam Piala Dunia tahun ini.

Ketika menjaga Zoro, Zack turut menyatakan bahawa dia sudah beberapa kali membawa arnab itu keluar termasuklah ke kelas kerana tiada orang dapat menjaganya di rumah sewa di Shah Alam.

“Salah satu sebab kenapa kami pilih Zoro antara arnab yang lain kerana semasa membelinya, dia memang duduk diam sahaja.

“Kedai kami beli Zoro memang banyak tolong jinakkan haiwan peliharaan,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "“Rasanya dia sokong Brazil” – Awek balik kampung, pemuda bawa arnab lepak mamak layan Piala Dunia… ‘sopan’ sebab diupah jambu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*