“Jarang berlaku pada budak umur dia,” Aafiyah bercakap dua bahasa tarik perhatian netizen

Cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti yang diberi nama, Siti Aafiyah juga antara anak selebriti yang sering menjadi sorotan ramai. Meskipun, Aafiyah tidak mempunyai akaun media sosial sendiri, Tokti juga sering berkongsikan perkembangan Aafiyah kepada peminat.

Umum diketahui, Siti Aafiyah kini membesar dengan sangat bijak malah baru-baru ini dia telah menjadi pemain piano paling muda iaitu berusia 4 tahun.

Meskipun begitu, terbaharu nampaknya kebolehan Siti Aafiyah membuatkan peminat semakin kagum selepas tularnya satu rakaman video pendek memaparkan dia sedang melakukan aktiviti bersama beberapa kanak-kanak lain dan adiknya. Kelihatan juga, Tokti merakam telatah puterinya itu.

Tetapi ternyata disebabkan rakaman video tersebut, kebolehan Siti Aafiyah yang petah bercakap dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertarik dan tambahan lagi, dia juga boleh mengubah bahasa Inggeris tersebut kepada bahasa Melayu dengan mudah yang mana ketika dia berbual bersama Tokti dan bersama kanak-kanak lain disampingnya ini.

Video

Rakaman yang tular dikongsikan oleh watieysoong tersebut menyebabkan Siti Aaifyah hangat diperkatakan warganet apabila kepandaian dalam menguasai dua bahasa tersebut dalam usianya itu mengundang rasa kagum ramai disamping video tersebut juga meraih ribuan tanda suka ramai.

‘Biasa budak boleh kuasai 1 bahasa je’

‘Pandai Aafiyah speaking English…’

Terdahulu, Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid mengikut jejak langkahnya dengan menjadikan bidang nyanyian sebagai pilihan kerjaya.

Ibu kepada dua orang anak itu sebaliknya lebih gemar sekiranya Siti Aafiyah, 4, yang mesra dengan panggilan Aafiyah memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan apabila dewasa kelak.

Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak menolak sekiranya Aafiyah dikurniakan bakat nyanyian dan memilih untuk menjadi seorang penyanyi.

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang terbaik, sudah tentu ayah dia (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) mahu Aafiyah menjadi ‘business women’ dan meneruskan perniagaan yang ada.

“Namun sekiranya bakat dia luar biasa (dalam bidang nyanyian), saya rasa yang penting adalah ketahanan mental dan fizikal sebab saya sendiri sudah melalui sepanjang tempoh 26 tahun menjadi anak seni.

“Saya bersyukur telah dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa dan berjaya mengharungi cabaran bergelar anak seni,” katanya ketika menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menyokong minat anaknya itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena persembahan eksklusif ‘A Night To Remember’ Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Tambah penyanyi berusia 43 tahun itu, dia akan berasa lebih gembira sekiranya anak perempuannya itu tidak memilih untuk menjadi seorang seniman.

“Bakat itu adalah anugerah Allah, seperti saya sendiri yang menerimanya daripada ibu saya, tinggal lagi apakah pilihan dirinya sendiri, sebagai ibu bapa saya perlu sokong cuma dia ada pilihan sendiri apabila dewasa nanti.

“Sebagai ibu saya juga berasa risau sama ada dia mampu ke tidak (berjaya dalam bidang seni), sama ada dia akan hanyut atau tidak, ini adalah kerosakan saya sebagai ibu bapa, sama seperti yang ibu saya alami.

“Jadi saya lebih berasa gembira kalau dia memilih untuk menjadi seorang ahli politik atau lain-lain,” jelasnya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa rakaman video menunjukkan Aafiyah mempamerkan bakat nyanyiannya tular di media sosial sehingga sehingga menyebabkan ramai pihak merasai kanak-kanak itu mahu mengikut jejak langkah ibunya.

 

 

 

 

 

Sumber:HCL

 

 

Be the first to comment on "“Jarang berlaku pada budak umur dia,” Aafiyah bercakap dua bahasa tarik perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*