Elizad ditertawa, diserang komen biadab

GARA-GARA melakukan aktiviti kegemaran, pelakon Siti Elizad Sharifuddin ‘diserang’ individu yang meninggalkan kata-kata biadab dalam Instagramnya apabila mendakwa dia tidak dikurniakan anak kerana sering berada di luar di rumah.

“Macam mana nak bunting (hamil) dan dapat anak kalau tak melekat kat rumah. Asyik duduk atas kuda kepang je ni! Baru nak lekat bergegar terus keluar sama-sama kencing awak!

“Benih awak dan suami tu lemah sangat. Cuba duduk rumah diam-diam macam isteri aku ni!,” ujar individu itu yang kemudian dikongsi Elizad dalam InstaStory.

Melihat komen sedemikian, bukan Elizad sahaja naik bengang, siapa yang membaca boleh tumpang panas. Lebih teruk apabila ada yang ketawakan nasib orang sebegitu rupa.

Apatah lagi sepanjang tempoh tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Abdul Rahman, mereka sudah beberapa kali menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Biarpun terkilan dengan kata-kata individu tersebut, Elizad tidak membalas kasar, sebaliknya memaklumkan dia sekadar bekerja dan menikmati kehidupan selain tidak meminta sesiapa untuk menyukainya.

Pada Mizz Lahar memang tak patut orang luar yang tiada kena mengena cuba membuli seorang wanita yang selama ini telah berusaha untuk menimang zuriat sendiri dengan pelbagai cara.

Mujur Elizad tak hambur dengan kata-kata kesat. Kalau kena pada batang orang lain mungkin berdarah telinga dan hidung lelaki itu disumpah seranah. Ramai akan bertepuk tangan.

Kita sama-sama doakan agar hos dan penyampai radio itu bersama suaminya dikurniakan rezeki yang ditunggu-tunggu itu.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Elizad ditertawa, diserang komen biadab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*