Lepas ‘g@duh’, Lesti Kejora hamil anak kedua

Jakarta: Pasangan sensasi Indonesia, Rizky Billar, 27, dan isteri, Lesti Kejora, 23, terus menjadi perhatian apabila mereka didakwa bakal menimang cahaya mata kedua kerana penyanyi dangdut itu dikatakan kini hamil.

Rizky dan Lesti yang tidak sampai sebulan berbaik semula selepas berdepan insiden keganasan rumah tangga yang berlaku, kembali memperlihatkan kemesraan di tempat awam.

Ia berikutan, tersebar foto Lesti yang menemani suaminya bermain futsal di kawasan TB Simatupang, Jakarta Selatan baru-baru ini, sekali gus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Pengurusnya, Aril Lobster atau Boril bagaimanapun tidak dapat mengesahkan berita berhubung Lesti hamil anak kedua itu benar atau pun hanya khabar angin.

“Saya tidak tahu tentang itu (hamil). Doakan saja, kerana kalau ramai anak itu juga rezeki. Sekarang, semuanya nampak mereka sibuk memperbaiki diri dan rumah tangga.

“Kelihatan lebih intim dan meluangkan masa untuk keluarga. Apa lagi, mereka juga sekarang masih mahu berehat dan belum aktif dengan aktiviti seni masing-masing,” katanya.

Aril berkata, pasangan itu juga belum menerima apa-apa tawaran untuk muncul di televisyen. Jelasnya, tapi kini mereka dalam keadaan baik-baik saja.

Terdahulu, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul Rizky pada 28 September lalu, pada jam 1.51 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Dia mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka. Malah, Rizky turut dikatakan bertindak agresif dengan memukul dan mencekik Lesti sehingga jatuh ke lantai.

Justeru, khabar angin mendakwa Lesti hamil itu juga dikaitkan netizen menjadi antara penyebab, dia tiba-tiba menarik laporan polis yang dibuat terhadap suaminya.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan sudah dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar, kini berusia 10 bulan.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Lepas ‘g@duh’, Lesti Kejora hamil anak kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*