Uyaina akui masih kekok urusan bayi

Kuala Lumpur: “Muka saya dah tiada rupa manusia… macam zombie. Malam pertama dan kedua adalah pengalaman paling teruk kerana semalaman tak tidur.”

Demikian kata pengacara dan pelakon Uyaina Arshad yang berkongsi pengalaman tidak cukup rehat selepas melahirkan cahaya mata lelaki, Raja Urhan Raja Syahiran pada 8 September lalu.

Uyaina berkata, dia juga mengaku terkejut dan masih kekok untuk menguruskan anak lelakinya kerana apa yang dipelajari sebelum bersalin adalah berbeza.

“Saya masih tak tahu apa yang dia nak… Raja Urhan pun masih tak pandai menyusu badan, malah saya sendiri masih tak pandai nak pegang kerana dia sangat lembut.

“Kalau dia menangis pun saya masih ‘blur’ . Pada minggu pertama saya agak terkejut kerana banyak benda yang saya tak tahu.

“Sebelum bersalin saya memang kerap baca buku, menonton YouTube dan dengar pendapat orang lebih berusia mengenai cara menguruskan anak, tapi bila diri sendiri lalui saya hilang kata-kata,” katanya.

Menurut Uyaina, dia juga berdepan cabaran kerana perlu memastikan dirinya berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang.

“Alhamdulillah sekarang ini saya sudah semakin pandai menguruskan anak. Kami bergilir-gilir jaga Raja Urhan.

“Dalam tempoh berpantang ini saya juga suka makanannya, bertungku, urut dan macam-macam lagi proses yang perlu saya lakukan bagi memastikan keadaan diri saya sihat,” katanya.

Terdahulu Uyaina selamat melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di sini.

Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Uyaina akui masih kekok urusan bayi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*