Tak tahan tengok suami, abang ipar 0KU berpelvk… Si isteri join ‘drama air mata’ atas pelamin… Kasih anak syurga tiada penghujung

 

MAJLIS perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar seb4k disulami drama air mata.

Momen pengantin lelaki memeluk abangnya yang merupakan orang kelainan upaya (0KU) di hadapan pelamin cukup menyentuh emosi semua tetamu yang hadir.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan si abang istimewa seperti tidak mahu melepaskan pelvkan erat adiknya.

Malah pengantin perempuan juga mengalirkan air mata sebelum mendekati dan turut memelvk dua beradik itu.

kasih abang istimewa 3

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Wan Mohammad Irham Wan Mustafa berkata, momen itu terjadi semasa majlis perkahwinannya di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, pada 11 September lalu.

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, kemunculan abangnya yang menghidap sindr0m down sejurus selesai sesi ‘salam restu’ membabitkan kedua-dua belah keluarga pengantin.

“Ada sesi khas saya dan isteri bersama abang. Sebaik pengacara majlis menyebut nama abang, dia terus berlari datang memelvk saya.

“Pertamanya, saya sebak melihat wajah abang yang sedih. Tak boleh nak kawal perasaan, apatah lagi abang berkali-kali menyebut nama arw4h abah,” katanya kepada mStar.

Tangisan dua beradik menyentuh emosi. foto @photographbyamirafiq

Lebih mesra disapa Wan, dia juga lebih dikenali sebagai ‘Baby’ oleh abang istimewanya, Wan Ahmad Irman berusia 28 tahun.

“Sebenarnya sejak hari akad nikah lagi abang dah mula merajuk. Lebih-lebih lagi ketika bapa mentua menyebut nama penuh saya sekali dengan nama arw4h abah.

“Abang paling rapat dengan saya dan arwah abah. Mungkin itu yang membuatkan dia seb4k. Masa berpelvkan di depan pelamin, abang berkali-kali sebut arw4h abah.

“Dulu, masa arw4h abah baru men1nggal, abang selalu jalan kaki ke kubvr arw4h sebab rindu, kebetulan kubvr tu dekat je dengan rumah,” katanya sambil memberitahu bapa mereka men1nggal dunia akib4t sakit tua, kira-kira lapan tahun lalu.

kasih abang istimewa 4

Wan (tiga, kiri) dan isteri (tiga, kanan) bersama keluarga. foto @photographbyamirafiq

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu lagi, abangnya sulungnya itu juga merupakan peminat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Abang suka karaoke dan lagu-lagu kesukaan dia adalah nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia selalu kata nak kahwin dulu daripada saya, dia nak kahwin dengan Siti Nurhaliza.

“Tapi kami beritahu abang yang Siti Nurhaliza dah kahwin, dah ada suami. Abang seakan faham, dan dia tetap menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza seperti Nirmala,” katanya.

kasih abang istimewa 5

Wan cuba menenangkan abangnya. foto @photographbyamirafiq

Berasal dari Jengka, Pahang, Wan berkata, dia memperisterikan penganalisis data, Lyana Amiera Nazlee, 28, setelah enam tahun berkenalan.

Berkongsi cerita, Wan yang merupakan pengurus kedai berkata, dia dimaklumkan oleh ibu mengenai perihal abangnya sejurus selesai majlis pernikahan.

kasih abang istimewa 2

Keakraban Wan (kanan) bersama abangnya.

“Mak beritahu apabila abang dapat tahu yang saya nak kahwin, setiap malam dia tanya mak bila harinya. Abang macam mengingati hari kahwin saya, macam buat countdown.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebagai adik saya terharu dan tak sangka. Kita tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya tapi walaupun saya telah bergelar suami orang, dia tetap abang kesayangan saya.

“Abang seorang yang pendiam dan rajin buat kerja-kerja rumah. Saya paling kagum adalah kejujurannya.. perasaannya sebagai abang yang ditunjukkan pada saya dan disaksikan oleh isteri dan seluruh dewan.

Komen Netizen:

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Tak tahan tengok suami, abang ipar 0KU berpelvk… Si isteri join ‘drama air mata’ atas pelamin… Kasih anak syurga tiada penghujung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*