Uyaina Arshad Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulung, Ini Yang Buat Uyaina Rasa Sebak

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Tahniah diucapkan kepada Uyaina Arshad dan Raja Syahiran kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam, 8 September 2022. Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Uyaina dan Raja Syahiran menerusi hantaran di Instagram yang menitipkan rasa syukur pembedahan yang berlangsung dengan selamat menjelang magrib semalam. “Assalamualaikum anakandaku. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah.”- Tulis Uyaina dan Syahiran

Mohon Doa Orang Ramai

Dalam pada itu, pasangan ini turut memohon doa orang ramai buat cahaya mata pertama mereka. “Baba & Mama love you so much. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga.”-Tulis Uyaina dan Syahiran Sekadar info, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah berkahwin pada 21 Disember 2021. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah menjadi suami isteri pada jam 9.03 pagi yang dinikahkan oleh abang kandung Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.

 

Akan Timang Anak Lelaki Tak Lama Lagi, Sekali Uyaina Dedah Ini Cadangan Nama Untuk Anaknya Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki. Uyaina yang kini menunggu hari untuk bersalin berkata, dia memohon doa orang ramai agar proses melahirkan cahaya mata sulung berjalan lancar. “Insya-Allah saya bakal menimang cahaya mata lelaki dalam waktu terdekat ini. Saya dijangka bersalin sama ada minggu depan atau dua minggu lagi. Doakan urusan bersalin saya berjalan lancar dan dikurniakan anak yang soleh,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman jantina anak dan kenduri kesyukuran yang berlangsung di sini, hari ini. Sementara itu, Syahiran berkata, mereka masih belum menetapkan nama penuh bagi putera sulungnya itu.

Kami berdua sudah ada beberapa pilihan nama tapi belum mencapai kata putus sebab kalau boleh nak beri nama anak yang membawa maksud yang baik. “Tapi permulaan nama anak saya akan bermula dengan nama Raja dan kemudian diikuti dengan huruf U,” katanya. Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur, pada 20 Disember tahun lalu.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Uyaina Arshad Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulung, Ini Yang Buat Uyaina Rasa Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*