Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak Tengok Shuib Tarik Nafas Panjang

Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtukini kembali bergelar penyampai di stesen radio di Suria FM bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria.

Pagi tadi, Ajak berkongsikan di akaun Instagram miliknya mengenai reaksi Shuib yang memalingkan wajahnya ketika lagu  isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ke udara.

Menerusi entri itu, Ajak turut berkongsikan kata-kata Shuib mengenai hubungan suami dan isteri serta menitipkan nasihat buat suami diluar sana untuk berusaha menunaikan permintaan isteri tercinta.

“Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia..” Shuib

 

Diruangan komen, Shuib sempat mengatakan Ajak membuatkan air matanya keluar di awal pagi. Ajak kemudian membalas mengatakan Shuib lagi kejam kerana boleh melawak ketika masing-masing sedang sedih.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat Shuib dilihat menarik nafas panjang seolah sedang mengawal perasaan.

Difahamkan, Ajak, Shuib dan Soraya menerusi Suria FM pagi tadi membincangkan topik ibu-ibu hamil yang mengidam. Pelbagai cerita menarik dikongsikan pendengar dan ada yang sedih. 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak Tengok Shuib Tarik Nafas Panjang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*