Nama Mizz Nina Tengah Jadi Sebutan Ramai, Kali Ni Ayah Mizz Nina Tampil Dedahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Terkedu

Sebut sahaja nama Mizz Nina sudah pasti ramai peminat industri hiburan tanah air mengenali nama ini. Dahulunya Mizz Nina cukup terkenal dan boleh dikategorikan sebagai selebriti kerana telah banyak menerpa nama di peringkat dalam dan luar negara. Mizz Nina merupakan seorang selebriti yang patut dipuji kerana perubahannya yang menddak dan terus kekal sehingga kini. Sebelum mengambil keputusan berhijab, Mizz Nina dahulunya pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis. Mizz Nina juga mempunyai rancangan temu bualnya sendiri, ‘The Mizz Nina Show’. Apa yang menarik kali ini, wanita cantik itu berpeluang menemu bual ayahandanya sendiri, Tan Sri Datuk Azman Hashim.

Menerusi episod tersebut boleh dikatakan amat istimewa kerana Mizz Nina diberi tanggungjawab untuk menemu bual ayahandanya sendiri, menggali kisah-kisah silam ayahandanya yang boleh dijadikan sumber inspirasi. Perasaan gementarnya telah diluahkan di dalam Instagram milknya dengan menulis,“The first interview I’ve ever done with my dad, I was super nervous and at the same time grateful to have him in the show. Don’t miss it tomorrow! Alhamdulilah…” Tan Sri Datuk Azman Hashim merupakan figura koporat yang sangat berpengaruh dan disegani bukan sahaja di Malaysia, malah merentas horizon Asia. Terlalu banyak anugerah yang telah diraihnya, antaranya pada tahun 1993, ASEAN Business Forum mengangkatnya sebagai penerima anugerah “ASEAN Businessman of The Year”.

Beliau juga bertemu jodoh dengan Tunku Arishah Tunku Maamor dan dikurniakan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan, termasuk Mizz Nina. Mizz Nina kini giat giat melakukan kerja-kerja amal bersama suaminya, Noh Hujan dan sahabat-sahabatnya. Satu demi satu perubahan dilakukan oleh Mizz Nina. Pasti ayah dan suami bangga dengan apa yang diusahakan oleh pelantun lagu What You Waiting For ini. Mizz Nina juga pastinya menjadi “role model” seorang muslimah yang hebat buat wanita-wanita lain. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Binti Azman pasti ramai yang akan terfikir kisah hebat tentang penghijrahan beliau. Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Azman Hashim yang merupakan Pengerusi Kumpulan Ambank.

Walaupun beliau berasal dari keluarga yang terkenal dalam bidang perniagaan, beliau tetap memilih untuk mengikut naluri hatinya yang lebih cenderung ke arah seni dan membina kerjaya sebagai penulis lagu, pereka fesyen dan penyanyi dan berjaya tembusi pasaran antarabangsa. Mizz Nina memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan mahligai bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh. Sebaik sahaja pulang dari mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah, Mizz Nina mula mengenakan tudung dan mengambil keputusan untuk bersara dari industri seni tanah air. Selepas itulah beliau mula menggiatkan diri dalam bidang perniagaan. Seorang pengguna Facebook, Bakhtiar Fitri Abdul Hamid telah berkongsi tentang rancangan tersebut. Beliau melahirkan rasa kagum terhadap keluarga tersebut. Mereka ternyata tetap merendah diri walaupun berasal dari keluarga yang berada serta mempunyai kedudukan.

Malah Tan Sri Azman sangat menghomati Noh walaupun mereka berbeza bidang. Lebih menyentuh hati, ucapan Tan Sri Azman dalam rancangan itu. “Saya tak mampu nak buat apa yang beliau (Mizz Nina) buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang buat kebaikan sedangkan saya pun tidak mampu nak sebarkan kebaikan” “Moga Allah kurniakan juga kebaikan kepada saya sebagai ayah kepada Nina” Bakhtiar turut melahirkan rasa sebaknya apabila seorang ayah boleh buat pengakuan seperti itu dihadapan orang ramai. Bakhtiar juga memuji perilaku Mizz Nina yang istiqamah dengan penghijrahannya. Sama-sama kita mendoakan supaya Mizz Nina terus istiqamah dalam penghijrahan ini. Semoga Allah tidak membolak balikkan hatinya. Semoga Allah merahmatinya. Insyaallah…

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Nama Mizz Nina Tengah Jadi Sebutan Ramai, Kali Ni Ayah Mizz Nina Tampil Dedahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*