Bakal Isteri Tampil Dedah Satu Rahsia, Rupanya Ini Sebab Kenapa Aizat Amdan Nampak Makin Sihat

Setiap pasangan pastinya mempunyai ‘love language’ atau bahasa cinta mereka tersendiri dalam menzahirkan perasaan sayang terhadap satu sama lain. Bakal pengantin baharu, penyanyi Aizat Amdan dan bakal isteri, Elyssa Alia Ilias, 34, juga mempunyai bahasa cinta mereka tersendiri yang boleh dikatakan agak unik. Secara berseloroh, Elyssa berkata pertambahan berat badan Aizat, 33, mungkin disebabkan aktiviti ‘dating’ mereka yang sering melibatkan makanan.

“Kami suka makan, itu love language kami! Kalau ada orang tegur Aizat semakin sihat, secara jujurnya, ia adalah disebabkan saya,” kongsi Elyssa. Elyssa yang juga merupakan pengurus peribadi Aizat ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu penyanyi itu, Hanya Kita Dua yang diadakan di pejabat Indigital Music, Petaling Jaya, baru-baru ini. Menariknya, Hanya Kita Dua merupakan lagu dedikasi khas Aizat buat bakal suri hatinya itu. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan bersama Aizat dan komposer Mel Ramlan.

Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, Elyssa berkata mereka bertemu buat pertama kali ketika diberi tugasan untuk menemubual Aizat ketika dia berkhidmat di sebuah stesen radio beberapa tahun lalu. “Terus terang saya tidak mengenali siapa Aizat Amdan, waktu first time saya nak interview Aizat, saya ‘googled’ dia. Bila dah interview, setahun kami tak bercakap, kemudian dia ada lagu baru, dia datang balik ke tempat kerja saya (untuk tujuan promosi lagu).

Daripada situ kami berborak dan kebetulan kami menetap di kawasan kejiranan sama. Sejak daripada situ, kami tak pernah makan seorang… setiap malam kami akan keluar dinner,” kongsi Elyssa yang berkata dia tertarik dengan keperibadian Aizat yang disifatkan seorang lelaki yang baik. Pada Rabu lalu, Aizat mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan bakal suri hatinya kepada pihak media. Majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Selangor pada 14 Ogos ini.

Lama Rahsiakan Akhirnya Aizat Amdan Tampil Bongkarkan Bakal Isteri, Rupanya Wanita Ni Bukan Orang Orang Biasa

Penyanyi Aizat Amdan menafikan sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang anak tanpa pengetahuan masyarakat. Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan bagaimanapun mengakui bayi tersebut mempunyai hubungan drh dengannnya. “Astaghfirullah, nauzubillah min zalik. Allahuakbar. Sebenarnya, muka budak itu memang macam muka saya. Budak itu yang kalian lihat dalam Instagram adalah anak kakak saya,” kata Aizat, 33, ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya tentang status hubungannya dengan seorang wanita bernama Elyssa Alia yang memuat naik foto berkenaan, Aizat berkongsi berita gembira bahawa individu berkenaan merupakan teman wanitanya. Akui pelantun lagu Hanya Engkau Yang Mampu itu lagi, dia sudahpun merisik Elyssa pada 12 Februari yang lalu. “Insya-Allah, ada dalam perancangan untuk berkahwin. Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya. Sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” ujarnya.

Berkongsi tentang bibit-bibit perkenalan, Aizat memaklumkan, mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sekarang, Elyssa menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertaiment. “Elyssa seorang yang sangat istimewa, dia sangat penyayang. Dia sangat sukakan budak-budak. Itu ciri yang membuatkan saya jatuh hati dengannya. “Insya-Allah kalau tiada aral melintang, akan langsung tahun ini. Sekarang tak boleh confirm apa-apa lagi dengan puasa dan tak lama lagi mungkin ada Pilihan Raya Umum. Apa-apa saya akan kongsi dengan semua, insya-Allah,” katanya.

Kekasih yang juga dikhabarkan bakal isteri kepada penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia, 34, mendedahkan hatinya mula terbuka untuk menerima kehadiran lelaki itu sebagai teman hidup setelah merasakan Aizat mampu menjadi imamnya. Kata Elyssa, di matanya, Aizat dilihat sebagai seorang lelaki berpegangan agama yang cukup dan ia menguatkan lagi nalurinya bahawa dialah lelaki tepat yang mampu membimbingnya ke jalan yang baik.“Terus-terang, apa yang membuatkan saya suka pada dia ialah pegangan agamanya. Dia nampak sangat c.hill dan tentunya semua orang nak berubah ke jalan yang baik. Aizat adalah lelaki pertama yang imamkan saya waktu bulan puasa tahun lepas.

“Jadi, ia buat saya rasa dia mampu bimbing saya ke arah lebih baik. Bagi saya, dia mempunyai hati yang sangat besar di sebalik orang tengok dia begitu. “Sekarang ini, kalau kami pergi solat, memang dia akan jadi imam saya, Alhamdulillah,”katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di sini, semalam. Selain itu, kata Elyssa, dia juga tidak dapat mendedahkan secara terperinci mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka namun mengaku majlis merisik sudah diadakan pada 12 Februari lalu. “Insya-Allah, tentunya kami akan adakah majlis besar kami nanti. Cuma, biarlah Aizat sendiri yang beritahu kepada semua, lebih manis begitu. Lagipun hubungan kami ini masih baru dan kami nak take it slow,”katanya.

“Peliknya, saya kenal adik dia dulu, Alif dan kawan-kawan baiknya yang lain, tapi tidak dirinya. Itulah yang dinamakan jodoh agaknya, pusing jauh macam mana pun, tetap jodoh. Nak jadikan cerita, mak saya pun kenal dengan arwah ayah Aizat. “Bagi saya, perkenalan dan hubungan saya ini sudah diatur cantik oleh Tuhan. Kami berdua pun suka makan. Saya tak pernah kenal lelaki yang suka makan macam saya, dan dia pula tak pernah kenal mana-mana perempuan yang makan banyak daripada dia. Agaknya dari situ timbul rasa suka,” selorohnya. Untuk info, sebelum ini Elyssa pernah menjadi hos untuk program Jom Wayang disaluran HyppTV dan kemudian beralih ke stesen radio RAKITA sebagai seorang penyampai.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Bakal Isteri Tampil Dedah Satu Rahsia, Rupanya Ini Sebab Kenapa Aizat Amdan Nampak Makin Sihat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*