Ramai Tampil Persoalkan Aaisyah Dibiarkan Mekap Sendiri Walaupun Usia Masih Kecil, Sekali Che Ta Tampil Balas Sesuatu

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun. Malah, kecantikan Che Ta juga turut diwarisi oleh anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Meskipun baru berusia 7 tahun, namun Aaisyah sangat cantik. Rata-rata warganet mengatakan, raut wajah Aisyah seiras dengan bapanya, namun kecantikannya pula sama seperti ibunya.

Meskipun hanya memakai jubah, namun Aaisyah dilihat seperti seorang model dan pandai bergaya. Malah, ada warganet mengatakan Aaisyah nampak elok meskipun masih masih budak lagi jika dibandingkan dengan diri mereka.

Mak Dia Ratu Malaysia

Mungkin sudah kerap kali menahan sabar dengan segala t.hmahan dan kritikan warganet baik terhadapnya mahupun keluarga, pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta tampil bersuara menye.lar warganet. Menerusi hantaran terbarunya di Instagram hari ini, Che Ta menyuarakan kem.rahan mengenai segelintir warganet yang mengkritik tindakannya membenarkan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana bersolek dan berdandan cantik di usia masih kecil.

Mempunyai alasan sendiri,kata Che Ta, itu adalah hak dan keputusannya.

Tolong dengar! Awak tak nak siapkan anak awak itu m.asalah awak! Anak saya memang suka bersiap! Tak akanlah dia nak melaram kami nak larang? Contoh anak awak suka melukis, tak akan awak nak m.arah dia melukis?. “Anak saya memang suka pakai akat solek dan suka melaram. Nanti kalau m.arah, dia melalak, merajuk. Dah satu kerja saya nak pujuk tak pasal-pasal!,” katanya.

Selain itu, kata pelakon berusia 49 tahun ini, kesukaan dan minat anaknya itu sudah jelas diwarisi daripada dirinya yang sejak dari dahulu memang suka berhias cantik. Mak dia ratu Malaysia dulu kot! Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke spagetti tak gitu? Hahahaha ke nasi lah awak oi Saja je melawak. Kadang-kadang saya pun pening tau.

“Yang komen semua guna akaun palsu. Sekali kami libas guna bulu mata kami yang setebal tujuh petala langit ini baru awak tahu,” katanya berseloroh. Dalam pada itu, Che Ta sempat menasihatkan semua pengikut dan warganetnya agar menjaga anak sendiri terlebih dahulu sebelum menegur anak orang lain. Kalau tak mel.etup nanti awak kata kita tak pandai jaga anak. Bila le.tup sangat pula, awak kata tak kasihankah zaman budak-budak itulah inilah. Macam awak dulu masa kecil-kecil suka mandi sungai. Mak Pak l.arang pun awak pergi terjun sungai juga bukan? Gitulah anak kami. “Jagalah anak awak sendiri, sibuk jaga anak orang. Anak sendiri kelaparan. Awak nak aaisyahdhiaranaofficial ni duduk dalam guakah?”katanya.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : kosmo

 

Be the first to comment on "Ramai Tampil Persoalkan Aaisyah Dibiarkan Mekap Sendiri Walaupun Usia Masih Kecil, Sekali Che Ta Tampil Balas Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*