Kecoh Laudya Cynthia Bella Bakal Langsungkan Perkahwinan Dengan Kerabat Dubai, Kali Ni Kawan Baik Tampil Buka Mulut

Laudya belum sedia berkahwin semula. Perkongsian gambar pelakon Laudya Cynthia Bella berada di Dubai baru-baru ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sehingga timbul khabar angin mendkwa dia bakal berkahwin dengan seorang kerabat raja di sana.

Menjelaskan hal tersebut, rakan baik kepada Laudya iaitu Zaskia Sungkar memberitahu tujuannya ke negara berkenaan hanyalah untuk membeli pakaian dan jubah. Seperti laporan KapanLagi, Zaskia juga memaklumkan Laudya belum membuat perancangan untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun sering dijodohkan dengan beberapa lelaki. Dalam masa sama, Laudya dikatakan sedang memberi fokus untuk belajar mengaji.

Untuk rekod, Laudya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur. Hubungan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan berpisah pada Julai 2020.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kecoh Laudya Cynthia Bella Bakal Langsungkan Perkahwinan Dengan Kerabat Dubai, Kali Ni Kawan Baik Tampil Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*