Tampil Dedah Sebab Undur Diri Dari JDT, Sekali Ini Yang TMJ Dedahkan Sehingga Beribu Komen Diterima

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan mengejut untuk tinggalkan kelab itu. Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, pada petang Khamis.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab. Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Tunku Ismail di Facebook.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan keputusan tersebut, namun turut memberikan kata-kata semangat. “Berita ini adalah paling sedih bagi penyokong JDT. Apapun tuanku terima kasih. Cubit paha kanan paha kiri tetap terasa. InsyaAllah TMJ tahu apa yg dilakukan. TMJ yakin dgn pengurusan tertinggi. Kedudukan kelab dah kukuh dan berada dalam prestasi terbaik. Pengurusan pun tip top. Rasanya TMJ buat keputusan yg terbaik. Doakan semoga kelab JDT terus maju jaya!” demikian antara komen-komen warganet.

JDT Semakin Dikenali Dunia – TMJ

“Saya begitu teruja apabila kelab kecil yang telah kita bina selama ini mencipta sejarah setiap hari dan juga semakin dikenali dunia”, Kata TMJ.

JDT platform terbaik untuk ‘ubi muda’ julang trofi, fasiliti sama bagus dengan kelab utama Jepun

Bermula dengan penyediaan fasiliti canggih, layanan dan pembawaan diri yang diterapkan dalam pasukan pasti akan mematangkan pemain muda agar lebih bersedia untuk mengharungi karier pada masa akan datang. Tidak hairanlah jika bekas pemain kebangsaan Jepun yang juga pemain import Kelantan United, Masashi Motoyama menghamburkan pujian kepada pengurusan JDT terutamanya dalam aspek fasiliti. Pemain seperti Arif Aiman Mohd Hanapi, 19, dan Muhd Ramadhan Saifullah Usman, 20, antara paling menonjol sekali gus menjadi bukti JDT mampu menawarkan kejuaraan buat pemain muda seawal mungkin.

“Menjadi juara, mendakap piala dan mempunyai rekod aksi di pentas tertinggi adalah impian semua pemain bola sepak. Dalam usia semuda itu, pemain ini (Arif dan Muhd Ramadhan) telah menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala Sumbangsih dan satu Piala Malaysia,” kata kelab itu yang dipetik menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers. Sumber, Mstar

Arif Aiman Kini Jadi Bualan Warganet Sampai Ada Yang Minta Diacari Calon Isteri Ustazah, Sekali Ini Pulak Respon Tmj

Pemain bola pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman yang kini menjadi bualan ramai kerana jasa beliau dalam membawa pasukan nya merangkul juara baru baru ini. Memetik satu wawancara bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan TMJ menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh wartawan. TMJ juga difahamkan memberi sedikit ulasan mengenai kemenangan didalam dan diluar padang pasukan JDT dan juga berkongsi tips buat pemain bola sepak terutamanya pemain muda agar sentiasa fokus.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai apabila wartawan sendiri yang mengajukan kenyataan agar pemain muda iaitu Arif Aiman seharusnya memilih calon isteri yang berstatus ustazah dan jangan memilih artis. “Kalau dia nak cari bini tanya saya dulu. Tengok sesuai ke tak” TMJ juga bersetuju dengan pandangan warganet supaya Arif Aiman pergi mencari ustazah dari artis. Lihat juga apa kata orang ramai: @TeemuPukie:Bagus tmj, majikan yg menjaga hampir 80% kebajikan player. Contoh Son Heung Min tapi bapak dia yg jaga karier dan jodoh Son. @Azlan Marlan:Ya Allah, Bila YAM TMJ cakap mcm ni, Rasa mcm ckp dgn member2 je. Smart Boss.

@user5881235774334:ye sy sokong klu nk khwen bg thu tmj dulu.. tmj da dianggap bapa kepada player jdt. @MoonMars:TMJ ni dh mcm Ayah utk si Arif. Setuju jgn kawen dgn artis. Bge yg ada ilmu dunia & akhirat.. @pokwe313:JDT di bawah TMJ adalah salah satu contoh keputusan bijak yg telah keluar drpd takuk lama bola Malaysia..tahniah JDT. @Kalam Dunia:kini baru tahu yg TMJ ni punya sikap begitu baik sangat hebatnya peribadi TMJ ni. @_Leo:Betul lah tu ap tmj ckp. Korang tngok lah nnti nama aiman tgh letop ni. Nnti ad geng retis tergedik2 haha. @Shafiq:Kepada ariff aiman..nak buat apa2 keputusan mintak restu drpd mak ayah dan juga mintak nasihat dan pandangan drpd TMJ.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Tiktok LegendaryVideo & IG Daebakingz

Be the first to comment on "Tampil Dedah Sebab Undur Diri Dari JDT, Sekali Ini Yang TMJ Dedahkan Sehingga Beribu Komen Diterima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*