“Kenapa Aku Rasa Malu” – Aisar Khaled Relaks Dihon Kereta Buat ‘Content’ Tengah Jalan

Sejak akhir-akhir, ini nama Aisar Khaled sering menjadi buah mulut netizen. Beberapa minggu lepas, tular di media sosial apabila YouTuber ini membuat cabaran mencari duit raya bernilai seribu ringgit, tetapi kantoi apabila pemenang cabaran tersebut merupakan saudaranya sendiri.

Terbaru, sekali lagi namanya menjadi sebutan apabila pengguna Tiktok dikenali sebagai Mader Bell memuat naik video YouTuber ini berada di tengah jalan raya demi menghasilkan ‘content’.

Menerusi posting itu, Aisar bersut berwarna merah kelihatan berjalan dengan bergaya sebelum tiba-tiba berpura-pura jatuh di tengah jalan.

Mungkin nak buat kajian sosial untuk melihat siapa yang akan membantunya ketika terjatuh di tengah jalan.

Namun, Aisar tidak sedar bahawa dia sedang membahayakan nyawanya sendiri apabila membuat content di tengah jalan. Hal ini menyebabkan kenderaan lain yang melalui jalan tersebut membunyikan hon kenderaan mereka.

Seperti biasa, rata-rata netizen mengecam tindakan YouTuber itu di ruangan komen kerana bukan sahaja dia tidak mematuhi peraturan jalan raya, malah membahayakan nyawa dan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: hm

Be the first to comment on "“Kenapa Aku Rasa Malu” – Aisar Khaled Relaks Dihon Kereta Buat ‘Content’ Tengah Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*