[VIDEO] ‘Dikecam’ Beri Susu Hampir Tamat Tempoh Secara Percuma, Ini Jawapan Wakil Nilofa

Semalam tuIar di media sosial satu hantaran yang menunjukkan barisan panjang yang terjadi di salah sebuah gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang. Difahamkan bahawa barisan panjang itu terjadi disebabkan oleh orang ramai mengambil peluang untuk mengambil susu berperisa durian secara percuma.

Menurut warganet di ruang komen, susu itu diberikan secara percuma kerana sudah menghampiri tarikh luput.

Ketika dihubungi pihak The V0cket, salah seorang sumber terdekat Nilofa memberitahu bahawa susu itu sebenarnya memang untuk diberikan percuma kepada orang ramai.

Kata sumber tersebut, jika susu itu diambil dalam bilangan yang sedikit ia tidak akan menjadi masalah kerana boleh diminum sebelum tarikh luput, tetapi yang menjadi masalah apabila ada sesetengah orang yang datang ambil dengan bilangan yang banyak dan jadikan perkara itu sebagai isu.

 

Difahamkan bahawa susu ini sebenarnya akan di hantar ke China, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sebelum ini, jadi ada barang dagangan yang tidak boleh dihantar ke sana. Nilofa dengan niat tidak mahu membazir mencadangkan susu itu disumbangkan kepada orang ramai.

Nilofa adalah salah satu produk keluaran selebriti Neelofa yang sebelum ini aktif berlakon sebelum menceburi bidang perniagaan. Produk ini mula diperkenalkan kepada umum sekitar tahun 2019.

Produk ini menggunakan susu segar premium dari Australia dan bahan semula jadi untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Minuman berperisa buah-buahan ini disediakan tanpa bahan pengawet tambahan atau pewarna tiruan.

Minuman susu yang diperakui halal ini didatangkan dalam dua perisa buah tropika kegemaran Malaysia Pisang & Durian dan boleh diminum mengikut kesukaan pelanggan, sama ada sejuk atau suam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: The V0cket, Twitter

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Dikecam’ Beri Susu Hampir Tamat Tempoh Secara Percuma, Ini Jawapan Wakil Nilofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*