Tudung Fazura Terjual 200,000 Helai Dalam Tempoh Sejam

Aktres popular, Fazura berjaya meraih jualan RM5.4 juta dalam tempoh sejam apabila 200,000 helai koleksi tudung terbaharunya, Rahmat Ramadan habis terjual secara atas talian.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 39, menjual produk itu berharga RM27 sehelai yang laris ibarat ‘pisang goreng panas’.

“Masya-Allah, tabarakallah. Segalanya milik Allah SWT. Koleksi (tudung) Rahmat Rama­dan telah terjual laris seba­nyak 200,000 helai dalam tempoh sejam.

“Saya rasa sangat bersyukur atas sokongan orang ramai yang membawa kepada kejayaan yang sangat luar biasa ini,” ujarnya menerusi coretan di Instagram.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat pelakon itu termasuk rakan selebriti meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli koleksi tudung terbaharu miliknya.

Pelakon, Lisa Surihani antara yang tidak sempat menyambar tudung Fazura kerana sudah kehabisan stok.

Bagaimanapun Fazura bermurah hati ingin menghadiahkan tudung miliknya kepada Lisa.

“Adikku mahu yang mana? Saya rela beri kepada awak tudung saya,” katanya.

Terdahulu sekitar Ogos tahun lalu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menerusi jenama tudung sama pernah mencatatkan jualan RM2.16 juta selepas keluaran Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: MYKMU, MG, Instagram Fazura

Be the first to comment on "Tudung Fazura Terjual 200,000 Helai Dalam Tempoh Sejam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*