Isteri Azmi Saat Masih Belum Dapat Lupakan Pemerg1an Afnan – ‘Setiap Hari Dia Men4ngis Rindukan Afnan’

 

Setelah 10 tahun menanti, vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat akhirnya bergelar bapa apabila isteri tersayang, Nazirah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata. Namun begitu, Azmi memaklumkan bahawa anaknya, Khairul Afnan telah meningg4l dun1a di pangkuan ibunya.

Menerusi posting yang dimuat naik olehnya di Instagram (IG), Azmi berkongsi mengenai perkembangan isterinya serta menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta.

Hari ini hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.

Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan dunia dan akhirat

Azmi memaklumkan bahawa isterinya masih belum dapat melupakan pemergi4n anak sulung mereka dan hampir setiap hari isterinya men4ngis kerana merindukan Afnan.

Hari ini genap sebulan arw4h Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.

Walaupun keadaanya masih baik, tapi setiap hari akan ada masa dia men4ngis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Khairul Azmi memohon pengikutnya di Instagram memberikan kata-kata semangat dan positif agar isterinya terus kuat untuk menjalani kehidupan tanpa anak sulung mereka.

Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya.

Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. InsyaAllah. Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Isteri Azmi Saat Masih Belum Dapat Lupakan Pemerg1an Afnan – ‘Setiap Hari Dia Men4ngis Rindukan Afnan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*