[VIDEO] Pertama Kali Jumpa Selepas Lahir, Bapa Zahirah MacWilson Men4ngis PeIuk Cucu

 

Rumah tangga pasangan selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza dilihat semakin bahagia apabila lahirnya cahaya mata pertama mereka pada 5 Januari 2021 di Perth Australia.

Beberapa bulan sebelum melahirkan zur1at, pasangan berkenaan telah terbang ke Australia iaitu kediaman ibu Zahirah untuk menyambut orang baru disana.

Selepas anaknya, Isaac Raees berusia tiga bulan, mereka sepakat untuk pulang semula ke Malaysia kerana masing-masing harus meneruskan kerja-kerja yang sudah dijadualkan sebelum ini.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tidak dapat ke mana-mana dan hanya berada di ibu kota sahaja.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Bapa Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson yang kini tinggal di Perlis masih lagi belum bertemu dengan cucunya sejak Isaac dilahirkan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Jadi, memandangkan rentas negeri telah dibenarkan, bapanya dilihat sebak ketika kali pertama bertemu dengan cucu tersayang selepas 10 bulan dia dilahirkan.

Zainol yang juga seorang pelakon kelihatan mendukung Isaac dan menitiskan air mata apabila berpeluang mencium cucu sulungnya yang sangat dirindukan.

Zahirah sempat mengabadikan momen istimewa itu di ruangan Instagram dan rata-rata warganet berasa sebak melihat situasi tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata berasa gembira melihat situasi itu lebih-lebih lagi Isaac yang sangat manja dan tidak takut berjumpa dengan orang baru.

Untuk makluman, ibu dan bapa kandung Zahirah sudah berpisah dan masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri. Ibunya mengambil keputusan untuk menetap di Australia manakala bapanya, Zainol MacWilson kini masih berlakon dan menjalankan perniagaan serta menetap di Perlis.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: metro press

Be the first to comment on "[VIDEO] Pertama Kali Jumpa Selepas Lahir, Bapa Zahirah MacWilson Men4ngis PeIuk Cucu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*