Terbaik Syahmi Sazli! Netizen Puji YouTuber Kelantan Tak S0mb0ng, Bantu Jiran Ubah Nasib – “Dia Pernah Jual Kereta, Emas Pun Digad4i”

 

Perkongsian bintang YouTube terkenal Syahmi Sazli tentang kejayaan jirannya di Kota Bharu, Kelantan membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda hasil daripada perniagaan kuah mukbang mendapat perhatian netizen.

Rata-rata kagum dengan sikap suka membantu Syahmi, 26, hingga berjaya mengubah nasib peniaga kecil yang sebelum ini berdepan kepayahan hidup akibat pandemik Covid-19.

Cerita pengarah Mael Totey The Movie ini, jiran yang dikenali sebagai Era itu pernah menggadai harta benda untuk meneruskan hidup.

“Alhamdulillah, saya gembira tengok Kak Era dah mampu beli kereta baharu secara tunai.

“Selama tiga bulan berniaga hasil jualannya cecah ratusan ribu ringgit. Saya terkejut dan bangga dia dapat rasa hasil titik peluh dia, saya ni tolong sikit je yang selebihnya kak Era usaha sendiri.

“Dia kata rasa nak menangis kerana tak sangka. Sebelum ini dia pernah jual kereta untuk survive, emas pun dia gadai tapi Alhamdulillah dah tebus balik,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod sejak beberapa bulan lalu Syahmi menggunakan popularitinya di media sosial untuk mempromosikan kuah mukbang milik jirannya itu dan menjualnya menerusi sebuah laman e-dagang.

Kuah mukbang yang dimaksudkan itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Dalam pada itu Syahmi berkata dia percaya sebahagian daripada rezeki yang diterimanya perlu dikongsikan dengan orang lain.

Ujar Syahmi, dia juga pernah melalui kesusahan seperti yang dihadapi jirannya itu namun berkat usaha dapat mengubah nasib dan hidupnya kini.

“Dulu pun saya pernah bermula daripada bawah dan tak ada apa-apa. Jadi apabila tengok Kak Era ni bersungguh nak ubah nasib diam saya jadi lebih bersemangat nak bantu apa yang termampu.

“Dia datang ke rumah minta tolong jualkan produk dia sebab tak dapat nak bayar sewa. Saya terbuka hati untuk bantu.

“Tapi sejujurnya saya tengok juga produk apa (sebelum bantu) sebab taknak followers saya tertipu. Benda sedap dan boleh jual, sebab tu saya teruskan,” katanya.

Tambahnya, jirannya juga seorang yang berfikiran terbuka dan menerima segala nasihat serta cadangan yang diberikan.

“Kak Era pun jenis yang terbuka, apabila saya tegur untuk perbaiki resepi… dia okey.

“Semoga dengan bantuan ni dapat memudahkan rezeki saya juga sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: mstar

Be the first to comment on "Terbaik Syahmi Sazli! Netizen Puji YouTuber Kelantan Tak S0mb0ng, Bantu Jiran Ubah Nasib – “Dia Pernah Jual Kereta, Emas Pun Digad4i”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*