“Dalam Bas Saya Akan Bagi Makanan & Test Kit Cov1d-19,” – Siap Sedia Tempah 3 Bas, Hafiz Mahamad Nak Sponsor Orang Ramai Balik Kampung

 

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memaklumkan dirinya berbesar hati menaja mereka yang kurang berkemampuan untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki bas expres.

Menurut Hafiz, pihaknya telah pun menempah tiga buah bas sebagai permulaan dan berkemungkinan besar dia akan menambah lagi sekiranya inisiatifnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Katanya lagi, sebagai anak perantauan, dia sememangnya amat memahami kesempitan hidup yang dialami oleh segelintir pihak.

“Haritu, saya ada janji nak sponsor sahabat balik kampung. Kalau ada yang nak balik ke kolej pun boleh naik bas ni sekali.Bantu saya “share post” ni. Harini saya dh lock 3 Bas dan bayar harini. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke 6 Bas

“Saya pun teringin nak balik kampung jumpa mama abah dan saya tahu ramai sahabat pun teringin juga, tapi ada yg tak cukup duit. Takpa, Saya faham sangat. Lagi indah sebenarnya kalau saya dpt balik dengan sahabat semua. Kita balik sama sama tau nanti.

“Bantu saya sebarkan ni tau, kita bantu sahabat sahabat. Sekarang saya hanya memerlukan “list name” sahabat yg nak. Boleh whatsapp 01165685200,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada bintang media sosial, Syafiqah Aina itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Hafiz turut menambah, sepanjang perjalanan tersebut, pihaknya juga akan menyediakan makanan dan ‘test kid’ Cov1d-19.

“1 orang boleh dpt 3 ticket. Bas akan bergerak Jumaat ni (22 October, Jam 8:00pm) dari KL akan ke Selatan, Pantai Timur, Utara.

“Ada berhenti check point juga, team saya akan update nanti lebih detail & location berkumpul (Shah Alam). Nanti team saya akan update dekat whatsapp tau.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Dalam bus nanti, saya akan bagi makanan dan “test kit” Cov1d untuk sahabat tau. Harap bas ni semua penuh dan kalau boleh lebih lagi. Whatsapp cepat tau, t4kut ada sahabat yg terlepas nanti

“Doakan rezeki saya dan sahabat kita semua tau ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Hafiz sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ingatkan nak sponsor tiga orang. Rupanya tiga bas. Semoga segala doa baik abang Hafiz dimakbulkan Allah.

Komen Netizen:

“Semoga Abang Hafiz sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

“Wah, Abang Hafiz. Mulianya hati abang.

“MasyaAllah Abang Hafiz. Murahnya rezeki Abang Hafiz. Semoga Abang Hafiz boleh bantu ramai lagi orang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Hafiz dan Aina telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 24 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya perempuan, Raisya Arisa yang kini baru berusia 2 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: mh

Be the first to comment on "“Dalam Bas Saya Akan Bagi Makanan & Test Kit Cov1d-19,” – Siap Sedia Tempah 3 Bas, Hafiz Mahamad Nak Sponsor Orang Ramai Balik Kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*