‘Terima Kasih Kerana Sayang Walau Berbeza B4ngsa & Ag4ma’ – Lelaki Berb4ngsa Ind1a Seronok Jumpa Ebit Lew Dalam Majlis Ag4ma

Di Instagram, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi sebuah kisah mengenai seorang lelaki berbangsa India yang menyanjungi dirinya semasa hadir di sebuah ceramah agama.

Malam-malam ni tengah saya beri ceramah pada anak muda tiba-tiba ada seorang Indian Non Muslim Steven Pablo. Dari jauh datang. Katanya, dia seronok jumpa. Katanya terima kasih kerana sayang walau berbeza bangsa dan agama. Terima kasih selama ini ebit lew. Saya teramat sayang pada ustaz.

Menurut Ustaz Ebit Lew, Steven memohon dirinya untuk teruskan usaha yang dilakukan selama ini. Lebih teruja, Steven menyatakan hasrat untuk kekal setia dan memberi sokongan buat Ebit Lew meskipun pelbagai dugaan datang melanda.

Teruskan usaha ini. Saya bersama ustaz. Saya sentiasa ada dengan ustaz. Semua kawan saya agama lain sayang ustaz. Ustaz guru kami dalam akhlak. Saya sayang ustaz.

Saya orang biasa sahaja. Saya yang bertuah kerana dapat jumpa abang. Jika ada kebaikan semua doa ramai orang. Bukan saya. Ini semua kurnia Allah. Steven Pablo nak aturkan program untuk motor jipang semua sekali untuk bantu misi kebaikan ini. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Susulan daripada itu, Ebit Lew turut meluahkan rasa bertuah kerana bertemu dengan Steven di majlis ceramah tersebut. Ujar Ebit, setiap kebaikan yang dilakukan merupakan doa daripada semua orang. Jelasnya lagi, Steven akan bekerjasama dengan pihaknya untuk misi kebaikan selepas ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "‘Terima Kasih Kerana Sayang Walau Berbeza B4ngsa & Ag4ma’ – Lelaki Berb4ngsa Ind1a Seronok Jumpa Ebit Lew Dalam Majlis Ag4ma"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*