Bekas Ketua Pengarah MSN, Zolkples Embong MeninggaI Dunia

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.

Perkara itu disahkan pegawai di MSN, namun punca kemat!an belum diketahui.

Allahyarham pernah memimpin MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.

Zolkples 62, dikatakan meninggal dunia di rumahnya di Pandan Indah.

“Al-fatihah buat guru saya, mentor saya, salah seorang yang membentuk saya sehingga hari ini.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang beriman. Jasa dan bakti arwah akan saya kenang selamanya,” tulis Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin dalam Facebook.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: utusan

Be the first to comment on "Bekas Ketua Pengarah MSN, Zolkples Embong MeninggaI Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*