Nabila Razali Beli Rumah Dua Tingkat – “Satu Lagi Pencapaian, My Dream House”

Hasrat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bagi memiliki rumah impian akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah baharu daripada pihak pengurusan kediaman.

Menerusi satu posting di laman Instagram, penyanyi berusia 29 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana satu lagi pencapaian berjaya diraih setelah bekerja keras selama ini sebagai anak seni.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🐈 (@nabila.razali)

Alhamdulillah syukur Ya Allah… one more achievement unlocked. My dream house,” tulis Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, hari ini.

Pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu berkongsi foto dirinya di hadapan kediaman dua tingkat yang dipercayai terletak di Rawang, Selangor itu.

Posting berkenaan menerima ucapan tahniah rakan artis dan pengikutnya yang tumpang gembira atas pencapaian Nabila selain memuji reka bentuk kediaman itu yang kelihatan cantik walaupun dari luar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: OMM

Be the first to comment on "Nabila Razali Beli Rumah Dua Tingkat – “Satu Lagi Pencapaian, My Dream House”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*