Abang ‘Pergi’ Sebelum Majlis Nikah, Selepas Setahun Baru Adik Ada Kekuatan Buka Hadiah Kahwin Pemberian Arwh – “Tekaan saya tepat”

 

BUKAN mudah untuk menerima hakikat pemerg1an dan keh1langan orang tersayang.

Seorang pemuda akhirnya terdetik hati untuk membuka hadiah pemberian arwh abangnya selepas lebih setahun dijemput Ilahi.

Berkongsi pengalaman, Azwanshah Mohd Sah berkata, hadiah tersebut diberikan oleh abangnya, Allahyrham Hasrul Amirizan sempena hari perkahwinannya, Ogos tahun lalu.

Pemuda berusia 26 tahun itu berkata, rancangan asal untuk berkahwin pada Mac 2021 namun diawalkan demi memenuhi permintaan abangnya yang mengh1dap k4nser usvs tahap empat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

“Arwah abang minta perkahwinan saya dipercepatkan. Selepas pelbagai faktor dan kekangan, saya hanya dapat melangsungkan majlis pada 15 Ogos 2020.

“Kami cuba ikut permintaan abang, tapi dia tak sempat tengok saya kahwin kerana men1nggal dunia 6 Ogos 2020 semasa usianya 31 tahun. Kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

hadiah arwah abang 5

Arwah abang (belakang, dua dari kanan) bersama keluarga.

Lebih mesra disapa Wan, katanya, hanya hadiah pemberian arwh abangnya yang menjadi ‘pengganti diri’ pada hari perkahwinannya.

“Pada awalnya saya tak tahu pun arwah beri hadiah. Malam tu masa sesi buka-buka hadiah, ada kotak besar dengan kad ucapan yang tertera nama arwh sebagai pemberi.

“Saya tanya kakak yang rapat dengan arwh, dan diberitahu ia adalah hadiah yang dipesan arwh sebelum men1nggal dunia,” ujarnya yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

hadiah arwah abang 3

Kad ucapan yang disertakan bersama hadiah perkahwinan.

Menurut anak ketujuh daripada 12 beradik itu, dia bagaimanapun tidak berhasrat untuk membuka hadiah berkenaan sehinggalah ‘diperam’ di bilik tidur selama lebih setahun.

“Sejak kahwin, isteri beberapa kali tanya bila nak buka hadiah tu sehingga isteri tanya lagi minggu lepas. Selepas lebih setahun baru saya tergerak hati untuk membukanya.

“Sebaik buka kotak hadiah, tekaan saya selama ini tepat. Arwah hadiahkan saya sebuah periuk nasi. Saya teringat pernah berkongsi keinginan untuk mendapatkannya.

“Kira-kira dua bulan sebelum kahwin, arwah tanya soalan ketika saya masih menyewa di rumah bujang. Abang tanya masa kahwin nanti nak hadiah apa.

“Saya kata kalau nak beli, lebih baik beli periuk nasi sebab yang ada kat rumah sewa tu adalah kepunyaan rakan serumah. Bila-bila dia boleh bawa pergi,” tambahnya.

hadiah arwah abang 4

Wan (kanan) dan arwah abang (tengah) bersama keluarga.

Wan yang berkhidmat sebagai anggota polis itu mengakui seb4k ketika membuka hadiah pemberian arwh abang yang tidak disangka-sangka.

Menurutnya, abangnya merupakan anggota tentera dan masih bujang itu merupakan seorang yang pendiam dan lebih suka berahsia.

 

Arwh abang tak kisah apa orang nak kata, tapi dia seorang yang supportive dengan keluarga. Malah dia bantu menyatukan semua adik-beradik

AZWANSHAH MOHD SAH

“Arwh abang tak kisah apa orang nak kata, tapi dia seorang yang supportive dengan keluarga. Malah dia bantu menyatukan semua adik-beradik selepas semua berdepan krisis.

“Kerana arwh juga kami sekeluarga masih berhubung antara satu sama lain, meskipun ketiadaan arwh dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya sambil menambah dia baru dikurniakan cahaya mata lelaki pada bulan lalu.

hadiah arwah abang 2

Kenangan… Wan (kiri) bersama arwh abang.

Dalam pada itu, Wan berkata, dia dan abangnya yang dikenali sebagai Koperal Ujang itu berkongsi minat sama dalam permotoran.

“Kami banyak menghabiskan masa bersama berkaitan permotoran, itu je. Kini hanya kenangan bersama arwh. Sampai sekarang saya masih terngiang-ngiang perbualan bersama arw4h berkenaan hadiah kahwin,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Mstar

Be the first to comment on "Abang ‘Pergi’ Sebelum Majlis Nikah, Selepas Setahun Baru Adik Ada Kekuatan Buka Hadiah Kahwin Pemberian Arwh – “Tekaan saya tepat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*