Bapa Mertua Fakhrul UNIC Men1nggal Dunia

Bapa mertua kumpulan UNIC, Fakhrul iaitu Sohimi Ahmad menghembuskan naf4snya yang terakhir pada jam 12 tengah malam tadi.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrul Radi Khamaruddin di akaun Instagram miliknya.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Ayahanda mertua saya Sohimi Ahmad dah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam tadi.

“Moga Allah mudahkan perjalanan Abah dunia akhirat. Mohon doakan Abah,” beritahunya.

Menerusi entri tersebut, Fakhrul berkongsi perbualannya bersama keluarga iparnya yang mengesahkan berita dvka tersebut.

Beberapa hari lalu, Fakhrul ada berkongsi mengenai perkembangan kesihatan bapa mertuanya yang dirawat di Unit Rawatan Khas (ICU).

“Tadi bincang dengan doktor mereka mahu periksa paru-paru. Nak tengok dahulu sama ada perlu tebuk atau tidak,” kata adik iparnya sebelum ini.

Pun begitu, Fakhrul tidak berkongsi lanjut mengenai peny4kit yang dihidapi bapa mertuanya.

Fakhrul menerima banyak ucapan takz1ah dari pengikutnya di laman sosial selain meminta agar Fakhrul dan keuarga kuat terima dugaan tersebut.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "Bapa Mertua Fakhrul UNIC Men1nggal Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*