“Mak saya cakap kalau dia dah m4ti, jangan datang kubvr dia”- Zynakal

PEMERGIAN ibu tersayang Zuridah Ibrahim, 53, pada Sabtu benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada penyanyi dan komposer muda iaitu Zynakal.

Menerusi perkongsian ketika membuat siaran langsung di Instagram (IG live), Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli 22, berkata kehilangan arw4h membuatkannya sedar dia bukanlah seorang anak yang baik.

“Apabila dah selesai kebum1kan arw4h dan tengok b4tu nis4n, saya terus terdetik ‘aku tan4m mak aku sendiri’. Saya tak pernah jangka benda ini akan terjadi dalam hidup saya.

Betul orang-orang tua cakap, hargai ibu bapa kita selagi masih ada.

ZYNAKAL

PENYANYI

“Sejujurnya sebelum mak pergi, saya tak pernah hargai dia. To be honest, saya bukan seorang anak yang baik. Sampaikan kami pernah berg4duh, mak saya cakap kalau dia dah m4ti, jangan datang kubvr dia.

“Betul orang-orang tua cakap, hargai ibu bapa kita selagi masih ada. Bila terjadi pada diri saya, baru terasa perasaan macam ini kehilangan orang tersayang.

“Masa dia masih hidup, saya jarang hubungi dia… hubungan kami tidak seperti ibu dan anak. Masa dia di hospital, saya tak melawat dia. Jujur… saya bukan anak yang baik,” kata Zyn dalam keadaan tidak dapat menahan seb4k.

Zynakal menyesal tidak pernah hargai ibunya ketika hayat.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Allahy4rham yang juga kakak kepada penyanyi Zamani menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang akibat jangk1tan kum4n dan komplikasi buah pingg4ng di sebuah hospital swasta di Kampung Baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakit ini turut berpesan kepada penonton yang melihat IG Live tersebut untuk sentiasa menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.

“Kita tak tahu bila ibu bapa kita akan pergi. Kehilangan orang tersayang ini bukan macam bercinta dan putus. Tapi kehilangan ini tak kan dapat jumpa lagi selepas ini.

“Kalau kita b3nci ibu bapa sebab apa yang mereka lakukan terhadap, kita kena fikir mesti ada sebab yang baik kerana mereka lakukan begitu,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hargai dia ❤️

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Mak saya cakap kalau dia dah m4ti, jangan datang kubvr dia”- Zynakal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*