Wanita pilihan Zul Ariffin…

Kuala Lumpur: Pelakon Zul Ariffin mengakui dia memerlukan wanita yang cukup faham tentang sikapnya seorang sangat mengutamakan kerja serta tidak suka dikongkong dalam perhubungan.

Zul, 34, ketika ditemui berkata sebagai pelakon adalah wajar dan penting baginya untuk lebih mengutamakan kerja kerana peluang tidak datang selalu dan bidang lakonan pula amat diminati.

“Saya sebenarnya bersyukur hingga kini belum berkahwin dan tiada masalah hidup bujang kerana fokus masih boleh ditumpukan sepenuhnya pada berkerja. Apatah lagi, saya sangat sukakan kerja.

 “Ditambah dengan situasi sekarang ini, apabila negara masih dilanda penularan wab4k Cov1id-19 dan kita semua pernah melalui pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai Mac lalu.

   “Walaupun saya okay saja duduk di runah kerana tidak boleh keluar bekerja sepanjang PKP itu, namun apabila terlalu lama sebenarnya sangat menguji ketahanan diri. Tapi, syukur Alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😉

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

  Menurut Zul, dia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa sepanjang PKP itu, turut terkejut apabila mendapati banyak paparan kisah rumah tangga berdepan masalah di sebalik pandemik berkenaan.

Apapun, Zul yang menetap bersama kakaknya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Julai lalu ada mengeluarkan kenyataan dia terpaksa menunda perancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Malah, dalam kenyataannya itu Zul memberitahu  ‘si dia’ berkenaan faham dan tiada halangan apabila keputusan menunda perkahwinan mereka harus dibuat.

Zul yang begitu berahsia mengenai identiti sebenar kekasihnya itu, sebelum ini hanya memberi gambaran wanita tebabit bukan selebriti dan tidak beragama Islam.

 Bagi perkembangan kerjaya lakonannya, Zul teruja dipilih sebagai salah seorang watak utama selain Zizan Razak dan Jack Lim dalam filem Juang terbitan bersama tiga produksi iaitu Suhan Movies & Trading, Tropical Films dan The Film Engine.

Filem yang mengangkat kisah benar ini membabitkan perjuangan berisan hadapan seperti pertugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbangan sepanjang penul4ran Covi1d-19.

Bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi, tanggungjawab pengarahan akan digalas enam sutradara berkaliber iaitu Eirma Fatima, Aziz M Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Yusry Abdul Halim dengan membabitkan 100 pelakon dan 200 tenaga kerja produksi.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : HM

Be the first to comment on "Wanita pilihan Zul Ariffin…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*