Sering Diaju Soalan Bila Nak Kahwin, Ini Jawapan Padu Faradhiya

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak terlepas dari soalan bila nak kahwin daripada segelintir netizen.

Menurut Farahdhiya, 36, seeloknya individu yang bertanya itu memperkenalkannya dengan seorang lelaki yang berpotensi menggalas tanggungjawab suami dengan baik.

“Dari orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh?

“Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ye?” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelantun lagu Bertakhta Di Hati turut memohon agar semua orang belajar untuk menghormati privasi orang lain.

“Dan tolong belajar untuk hormat privasi orang lain,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dari org sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dgn lelaki yg baik,boleh?🤔 Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ye?🙄😅 And Yes, please learn to respect people’s privacy ❤️

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

Menjengah di ruangan, rata-rata peminat Farahdhiya bersetuju malah turut sama mengalami situasi yang sama.

“@roslimohdtaib: Kan kahwin salah, tak kahwin salah. Cerai salah, anak ramai salah, tak ada anak salah, cerai anak berapa orang? Laki tak bagi duit ke? Ni antara soalan soalan bawang.

“@salenaaziz: Sangat setuju. Jaga hal sendiri saja.

“@ctmyhoney54: Aku yang jadi mak ni pun meluat dengan soalan tu. Anak saya ada karier stabil, rumah 2 buah, enjoy life dia kenapa pulak kita nak sibuk pasal kahwin? Nyampah betul.

“@jimizul: Ramai orang yang berpendidikan tinggi tapi sayangnya tidak mempunyai kebijaksanaan. Sebab tu benda-benda macamni selalu berlaku,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "Sering Diaju Soalan Bila Nak Kahwin, Ini Jawapan Padu Faradhiya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*