Video penapis air berasap, ini respond pihak Coway selepas terima pengesahan bomba

Rasanya sekarang ni setiap rumah mempunyai penapis air untuk memudahkan kerja dapur. Tak perlu lagi nak masak atau sejukkan air.

Tapi apa yang menjadi isu sekarang ni apabila ada segelintir pengguna memandang enteng dengan suis elektrik yang digunakan untuk menghidupkan mesin penapis air.

Lihatlah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini. Penapis air berasap disebabkan tidak menutup suis elektrik semasa ketiadaan bekalan air sehingga overheating.

Berikutan itu, pihak Bomba dan dan Penyelamat mengeluarkan satu kenyataan ringkas tentang keselamatan bagi pengguna penapis air ketika bekalan air terputus atau keluar dari rumah.

Info keselamatan ini dibuat untuk semua tidak kira menggunakan penapis air jenama apa.

Nampak remeh tapi beri kesan besar jika tak berhati-hati

Harap pembaca Koolfm tak kira pengguna penapis air atau tidak, sentiasalah mengambil berat tentang penggunaan dan aliran elektrik rumah supaya tidak mengalami sebarang kebakaran.

Berikut reaksi dair pihak Coway 

KUALA LUMPUR – Coway (Malaysia) Sdn Bhd (Coway Malaysia) telah menerima pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bahawa video viral mengenai ris-iko penapis air menjadi terlalu pa-nas ketika ketiadaan bekalan air, bukan sesuatu yang disahkan oleh JPBM.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan, mengenai punca dan kesahihan video yang menunjukkan sebuah penapis air yang berasap.

“Sehingga kini sama ada Coway atau JBPM tidak menerima rungutan atau laporan mengenai penapis air yang berasap akibat terlampau panas, di seluruh negara. Kesahihan video itu masih belum dapat disahkan.

“Sebab itu kami memberikan jaminan kepada kesemua pelanggan kami yang penapis air Coway yang dijual dan diedarkan di Malaysia telah diuji dan disahkan selamat untuk digunakan, mematuhi standard yang tetapkan oleh organisasi akreditasi berkaitan seperti Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, perkara ini adalah sebagai menjawab kepada satu hantaran di media sosial yang mendakwa video itu adalah berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh JBPM berhubung penapis air menjadi terlampau panas ketika dihidupkan pada ketika ketiadaan bekalan air.

Sementara itu JBPM dalam satu kenyataan malam ini menyatakan yang pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pengeluar penapis air, bagi membincangkan isu tersebut.

“Semua maklumat berkaitan dengan keselamatan mesin terseut akan dimaklumkan kepada orang ramai bagi mengelakkan keresahan,” kata kenyataan tersebut. – Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Video penapis air berasap, ini respond pihak Coway selepas terima pengesahan bomba"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*