Sahabat baik dedah isi dalam group whatsapp 4 rakan sebelum ke pulau jerejak

SAYA terduduk dan terus menangis. Langsung tak menjangka kehilangan tiga sahabat baik serentak.”

Demikian kata rakan baik kepada tiga sahabat yang mengadap ilahi pada Khamis, kerana dipercayai dari karb0n monoks1da.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syazana itu berkata, dia menerima perkhabaran itu pada pagi Khamis ketika sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerjanya di Seri Kembangan, Selangor.

“Lebih kurang pukul 7.30 pagi, ada seorang rakan dari Kedah hubungi saya dan beritahu Ayuni dan Fariesha telah mengadap ilahi, manakala kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah ketika itu masih menerima raw4tan.

“Terduduk saya dengar dan terus menangis. Saya terus hubungi umi (ibu) di Gurun, Kedah untuk maklumkan berita sedih ini sebab memang dia kenal sahabat-sahabat baik saya.

“Umi tenangkan saya sebab saya sed1h dan ralat sangat tak dapat ziarahi mereka ketika pengkbum1an di Kedah. Saya hanya dapat wakilkan keluarga saya,” ceritanya kepada mStar.

Dalam kejadian Rabu lalu tiga sahabat, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan mengadap il4hi, manakala Nor Aqilah Mohd Safwan pula krt1kal dipercayai kerana terhidu gas karb0n monoks1da.

Keempat-empat sahabat masing-masing berusia 21 tahun itu yang merupakan pelajar jurusan farmasi, singgah berehat di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta balik ke Gurun dan Sungai Petani, Kedah.

Mereka yang sebelum itu bercuti bersama-sama di Pulau Jerejak, ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup.

Bercerita lebih lanjut, Syazana yang berasal dari Gurun, Kedah berkata pada awalnya, dia dan dua lagi rakan sepatutnya menyertai empat wanita itu dalam percutian tersebut.

“Tapi disebabkan saya tak dapat cuti kerana baru saja dapat kerja, maka tak dapat ikut. Dua rakan lain pun ada kekangan. Kami bertujuh memang sahabat baik sejak belajar di kolej dan praktikal di tempat yang sama.

“Masa hari kejadian, group WhatsApp riuh dengan celoteh mereka yang bersembang pasal percutian. Bersembang pasal nak pakai baju apa dan sebagainya.

Memang siang tu riuh sebab mereka kerap update. Malah Allahy4rhamah Ayuni kata, kalau Kak Syaz (Syazana) ikut mesti best.

“Kemudian saya ada komen pada satu posting Adilah, tapi dia tak respon seperti kebiasaannya.

Malam itu (Rabu), group WhatsApp kami bertujuh pun sunyi tapi tak terfikir apa-apa yang pelik hinggalah dapat berita pagi Khamis,” katanya yang bekerja di sebuah klinik pergigian.

Bercerita lebih lanjut, Syazana menyifatkan keempat-empat sahabatnya itu merupakan sahabat sejati yang sanggup susah dan senang bersama.

“Beliau Ayuni, dia tersangat baik. Sepanjang mengenali dia, tak ada pun perkataan menykitkan keluar daripada mulutnya. Manakala kembar Nor Aqilah dan arwah Nor Adilah pula langsung jenis tak berkira.

“Selalu tumpangkan saya ke hospital masa kami praktikal sebab kami sama-sama asal dari Gurun. Allahyarh4mah Fariesha pula seorang yang manja dan ceria. Mereka ni antara yang awal dapat kerja lepas kami habis praktikal Oktober tahun lalu.

“Mereka yang sering bagi kata-kata semangat dekat saya sebab saya tak dapat kerja lagi sebelum ini. Rindu sangat mereka… tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya. Sekarang hanya tengok gambar dan video untuk lepas rindu,” ujarnya sambil menambah, perkara pertama yang akan lakukannya apabila pulang ke kampung kelak adalah menzi4rahi sahabat-sahabatnya.

Syazana dalam pada itu meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan ketiga-tiga sahabatnya yang sudah menemui-Nya, selain mendoakan kesembuhan Nor Aqilah.

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Sahabat baik dedah isi dalam group whatsapp 4 rakan sebelum ke pulau jerejak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*