Berhenti Rehat Kerana Pemandu S4kit Kepala

BUTTERWORTH: “Mereka berempat memang berkawan baik dan merancang ke Pulau Jerejak untuk menghabiskan cuti umum, namun tidak sangka perkara seperti ini berlaku,” kata Nor Jamilah Ahmad, 30-an, ibu saudara kepada Sharifah Fariesha Syed Fathi.

Sharifah Fariesha ditemui maut di dalam kereta dinaiki bersama rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri dan pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan serta Nor Aqilah,

masing-masing berusia 21 tahun di kawasan tempat letak kereta di sebuah stesen minyak di Samagagah, Seberang Jaya, awal pagi tadi dipercayai terhidu k4rbon monoks1da.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Ayuni Shazwanie dilaporkan men1nggal dun1a dalam perjalanan ke Hospit4l Seberang Jaya (HSJ), manakala dua beradik kembar berkenaan krit1kal dan masing-masing dihantar ke Hospit4l Lumut serta Kuala Lumpur untuk raw4tan lanjut.

Nor Jamilah berkata, ibu Sharifah Fariesha memaklumkan anak saudaranya itu ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya.

“Ketika itu, ibu Sharifah Fariesha menghubungi saya memberitahu anaknya tidak pulang lagi dan tidak membalas mesej WhatsApp atau panggilan telefon.

“Selepas itu, ibunya menghubungi pula tunang anaknya dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa Sharifah Fariesha ditemui tidak sedarkan diri bersama tiga rakannya yang keempat-empat mereka dibawa ke hosp1tal.

“Apabila saya sampai ke hospit4l, dimaklumkan anak saudara men1nggal dunia, ia amat mengejutkan apatah lagi dia adalah satu-satunya anak kepada kakak saya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hosp1tal Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini.

Nor Jamilah berkata, beliau difahamkan Nor Aqilah yang memandu kereta jenis Honda Odyssey mengalami s4kit kepala dan memberhentikan kenderaan di stesen minyak berkenaan untuk berehat serta membeli makanan.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada bapa seorang m4ngsa yang keluar mencari anaknya itu dan menerima mesej pemandu kereta berkenaan s4kit kepala dan berhenti rehat.

“Malam sebelum kejadian kami juga sempat berbual melalui panggilan video dan dia memaklumkan perancangannya untuk keluar bercuti dengan rakan-rakan baiknya.”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: BH

Be the first to comment on "Berhenti Rehat Kerana Pemandu S4kit Kepala"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*