Terjawab Soalan Apabila Suharnizan Bongkar Apa Yang Di Komen Dalam `Live` Eira Sampai Dia Teruk Dih1na

Semalam, seorang wanita membuat laporan poIis hari ini, susulan dakwaan seorang personaliti media sosial (influencer) menghiina bentuk fizikalnya menerusi laman Facebook (FB) secara langsung.

Menurut Suharnizan Md Sidek, 37, yang juga Pesuruhjaya Sumpah, personaliti itu mengeluarkan kata-kata kes4t terhadapnya.

Selain itu gambarnya berserta anaknya dipaparkan tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen influencer terbabit di media sosial.

Ini komen asal ditulis oleh Suharnizan yang mencetus segala kata hiinaan dan caacian

Katanya, insiden yang berlaku pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen “live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?”

Difahamkan komen itu ditulis menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit dipercayai milik influencer bernama Eiira Aziera.

” Selepas komen itu, saya menyambung kerja pejabat saya dan tidak mengikuti video berkenaan. Kemudiannya, saya dimaklumkan rakan bahawa dalam video itu diri saya ditularkan.

” Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati individu berkenaan dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya.

” Saya tidak mengambil apa-apa tindakan ketika itu dan mengharapkan perkara ini tamat dengan sendirinya.

Vdeo tular semula pada 14 September

” Namun, pada 14 September (semalam), saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’.

” Kandungan video selama lapan minit itu memaparkan antara lain menghiina rupa fizikal saya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen,”

Demkian penjelasan Suharnizan ketika ditemui selepas membuat laporan poIis di Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini.

Suharnizan berkata, selain paparan tular sehingga ke YouTube, dia mendakwa terdapat juga pihak tidak dikenali cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan imejnya iaitu mewujudkan FB dan ‘Page’ palsu atas namanya.

” Saya mengalami tekanan, tr4uma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemvrungan dan gangguan emosi termasuk di tempat kerja.

” Saya kemudiannya mendapatkan nasihat peguam yang menyarankan tuntutan sivil dibuat terhadap individu itu,” katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Mohd Rasheed Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti itu, yang mana merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Katanya, pihaknya meminta PoIis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kerana ‘b0dy shaming’ boleh didakwa mengikut Sksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum pnjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber Akasohor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : M.B

 

Be the first to comment on "Terjawab Soalan Apabila Suharnizan Bongkar Apa Yang Di Komen Dalam `Live` Eira Sampai Dia Teruk Dih1na"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*