Itulah antara kata-kata nista yang dilemparkan oleh netizen pada salah satu posting usahawan terkenal, Sajat. Mana tidaknya, dirinya dikatakan seorang lelaki tapi menyerupai seorang wanita sehinggakan sanggup menukar jantina.
Isu ini timbul apabila dia memuat naik video yang menunjukkan dirinya cuba membantu orang susah di sekitar kawasan Johor. Erti kata lain, Sajat ikut cara Pendakwah Bebas, Ebit Lew yang sentiasa dan banyak membantu orang susah.
Lihat video untuk lebih mendalam
Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah duit sumbangan sebanyak RM200, barang keperluan harian seperti beras, kicap, Milo dan banyak lagi. Malah, dirinya cuba lakukan kebaikan seperti ini pada setiap bulan. Wah! Bagusnya Sajat mula ikut cara Ustaz Ebit Lew.
Lihatlah video yang dikongsikan sepanjang proses membantu dua buah keluarga keluar dari kesulitan hidup. Apa yang Sajat sumbangkan adalah mencari dan memberikan rumah sewa yang dibiaya sepenuhnya serta diberikan kelengkapan rumah yang lengkap untuk memberi keselesaan untuk membesarkan anak si kecil.
“Tolong pun tak dapat pahala..”
Tak cukup dengan itu, ada juga netizen menjatuhkan hukum sedangkan sesiapa pun tiada hak untuk menentukan siapa dapat pahala dan siapa dapat dosa atas tindakan seseorang kerana itu semua kerja Yang Maha Adil.
Doakan yang terbaik
Walau apa pun niat Sajat dan apa yang dia dah lakukan sebelum ni, sebaiknya jangan kita terlalu cepat menghakimi pahala dan dosa seseorang kerana itu adalah rahsia Allah.
Antara kmen netizen
Daripada kita sibuk dosa dan pahala orang lain, lebih baik cermin diri kita. Setakat ini apa yang kita sudah lakukan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Sebaiknya, doakan yang terbaik untuk Sajat.
Salam ramadhan
DonnaAfiqaSarif
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
sumber: https://www.hmtpress.allnws.com/
Be the first to comment on "Netizen Tergamam Lihat Sajat Beri Bantuan Ikut Cara Ebit Lew, Bermacam Komen Diterima"