Kec0h! Tunang Kata Risteena Munim Diculiik

PELAKON, Risteena Munim disangka dicvlik selepas ‘hilang’ selama 30 minit dari radar tunangnya yang juga pelakon, Isa Khan.

Risteena berkata, seperti kebiasaan dia akan bercakap di telefon sepanjang perjalanan balik sehingga sampai rumah.

“Semalam saya hilang sekejap 30 minit. Tunang fikir saya kena cvlik, r4gut atau sesuatu buruk berlaku.

“Selepas balik dari rumah dia, memang tidak tengok telefon. Selalunya sepanjang perjalanan memang saya bercakap dalam telefon sehingga sampai rumah.

“Kebetulan kereta p0lis banyak dan tak sempat nak ambil telefon dalam beg untuk tengok. Tidak menjangka hilang 30 minit pun tunang saya sudah risau macam itu,” katanya.

Menurut Risteena yang berkongsi perkara itu di Instagram berkata, dia juga terkejut apabila tunangnya itu sanggup datang ke rumahnya semata-mata untuk melihat keadaan dirinya.

“Sampai saja di rumah, baru tengok telefon. Ada banyak panggilan tidak dijawab. Tiba-tiba tunang sudah sampai di bawah rumah. Macam tidak percaya langsung sebab baru sangat masuk rumah. Dia ambil masa 10 minit saja datang dari Cheras ke Gombak. Dia ditemani dengan kakak dan Qirin.

“Memang saya kena marah. Tidak mengapa sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, dia akan cari saya. ‘My hero’.

“Saya berasa selamat sejak ada dia. Tak boleh bayangkan dia tiada. Kedua ibu bapa saya sudah boleh harapkan dia,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Berbuka🌸

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Hmetro

Be the first to comment on "Kec0h! Tunang Kata Risteena Munim Diculiik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*