Akui sering ditingg4lkan kekasih, pemuda ini serius nak kahwin tapi teman wanita pula k4ntoi cur4ng! – “Duit tu nak bawa famili makan-makan atau travel”

DUIT hantaran kahwin dah separuh dikumpul tapi teman wanita pula kant0i cvrang.

Begitulah situasi dilalui Eqram Ibrahim yang berkongsi kisah dikec3wakan teman wanitanya yang mahu dijadikan suri hatinya menerusi satu bebenang di Twitternya.

Perkongsian tersebut meraih 9,000 ulang kicau dan 18,600 tanda suka.

Menurut Eqram, dia berkongsi kisah memer1tkan itu kerana ingin melu4hkan rasa kec3wa yang terbuku di hati.

Teman wanita Eqram kant0i cur4ng beberapa hari lepas.

“Saya just nak lu4h apa yang saya rasa. Saya penat-penat kumpul duit tapi tiba-tiba dapat tahu dia cur4ng. Memang sak1tlah.

“Masa PKP dia beritahu mak dia minta hantaran kahwin RM20k. Jadi saya start lah kumpul sikit-sikit sebab memang saya serius nak kahwin.

“Bila dah cukup RM10k tahu-tahu dia ada orang lain. Dia terk4ntoi tiga, empat hari lepas,” katanya kepada mStar.

Tweet tersebut turut mendapat perhatian kerana ramai tertanya-tanya cara Eqram mengumpul wang tersebut dalam masa yang singkat.

Jelas Eqram yang juga penasihat perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat elektronik, dia sebenarnya sudah mempunyai wang simpanan dan bersyukur kerana rezeki perniagaannya tidak putus-putus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan pada 4 Mei lalu.

Wang hantaran yang berjaya dikumpul Eqram.

“Saya sebenarnya dah ada saving untuk kahwin. Kiranya bulan Ogos tahun lepas dah start kumpul. Masa tu saya dah ada RM6k.

“Lepas PKP dilonggarkan, Alhamdulillah rezeki banyak masuk, ramai customer datang, masa tu saya dapat kumpul RM4K,” katanya yang turut meny3diakan perkhidmatan membaiki barangan elektronik.

 

Bila dah cukup RM10k tahu-tahu dia ada orang lain. Dia terkant0i tiga, empat hari lepas.

EQRAM IBRAHIM

Penasihat perkhidmatan pelanggan

Ser1k dit1nggalkan, Eqram berkata dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selepas ini.

“Memang lepas ni saya kena berhati-hati nak mengenali seseorang. Saya ni susah nak sayang kat seseorang tapi once dah sayang memang susah nak tinggalkan.

“Jujur saya cakap pengalaman ditinggalkan selalu terjadi kat saya. Kali ni saya nekad nak kahwin terus tu yang frust sangat-sangat.

Eqram sudah memutuskan hubungan dengan teman wanitanya itu.

“Memang perasan sayang tu ada lagi tapi nak buat macam mana saya kena move on, kena banyak bersabar. Saya reda ketentuan Allah,” katanya.

Mengenai wang hantaran tersebut, pemuda berusia 21 tahun itu berkata dia mahu berkongsi rezeki itu bersama keluarganya.

“Duit tu saya akan spend untuk famili sebab selama ni pun saya busy kerja, lama tak balik kampung.

“Mungkin buat makan atau pergi travel dengan famili. Saya akan utamakan mereka kerana apa-apa yang jadi baik buruk kita famili je yang ada di sisi,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simp4ti dengan nasib menimpa anak bongsu tiga beradik itu.

Antara komen netizen pada posting Eqram.

“Allah tengah jagakan kau untuk orang yang betul-betul layak memiliki cinta kau. Dan percayalah the best will stay. Sabar OK,” tulis Asykn.

“Bro, sabar bro. Abang aku dulu macam ni juga bro. Kumpul duit bagai nak m4mpus last-last kant0i ex-tunang tidur dengan lelaki lain. Menangis bhai abang aku tapi sekarang Alhamdulilah, dah berkahwin and bakal dapat anak kedua tahun ni,” kata Syah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: Mstar

Be the first to comment on "Akui sering ditingg4lkan kekasih, pemuda ini serius nak kahwin tapi teman wanita pula k4ntoi cur4ng! – “Duit tu nak bawa famili makan-makan atau travel”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*