Najib Razak Hadir Di Parlimen. Gambar Yang Dimuat Naik Oleh Najib Razak Jadi Bualan Netizen

Hari ini adalah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat. Di dalam ucapan pembukaan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberitahu beberapa perkara tentang apa yang berlaku dalam negara kita.

Salah satu perkara yang mendapat sorakan gemuruh dalam Dewan Rakyat adalah apabila YDPA bertitah mengenai Frontliner yang telah berjuang untuk negara sepanjang C0V19.

Penghargaan negara itu diberikan Seri Paduka, yang mengajak Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, semua Ahli Parlimen, Senator dan tetamu jemputan yang menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, bangun berdiri dan memberi tepukan gemuruh, simbolik penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.

Agong, Ahli Parlimen iktiraf pengorbanan petugas barisan hadapan perangi COVID-19

Menyifatkan istiadat pembukaan persidangan Parlimen kali ini berbeza daripada norma dan kelazimannya berikutan wab4k COV19 serta amat bermakna kerana berlangsung dalam bulan suci Ramadan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa syukur kerana rakyat jelata bersatu padu sebagai Bangsa Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin menghadapi ancaman wabak yang membawa m4ut itu.

“Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan orang ramai.

“Justeru, sebagai tanda penghargaan negara, marilah bersama-sama dengan Beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,” titah Al-Sultan Abdullah.

Sejurus itu, semua Ahli Parlimen dan Senator bangun berdiri seketika memberi tepukan gemuruh sebagai penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara.

Gambar Najib Razak Yang Mendapat 45 ribu tanda LIKE

Satu gambar telah dimuat naik oleh Najib Razak ketika beliau berada di Dewan Rakyat dimana gambar tersebut mendapat 45ribu like sejak sejam dimuat naik.

Gambar tersebut menarik perhatian rakyat kerana beliau bergambar dengan pemimpin UMNO dan pemimpin PAS.

“Tempat duduk di Parlimen. Di sini pun amalkan social distancing” – Najib Razak

Antara komen rakyat

Nampaknya aura Bossku masih tidak tenggelam, ramai yang memberikan kata kata sokongan kepada Najib Razak dan ucapkan selamat kembali ke Parlimen.

Secara Ringkas Apa Yang YDPA Titahkan

Malaysia hadapi COV19 sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kuat, cekal dan berdisiplin – Agong

Istiadat Pembukaan #Parlimen dalam suasana berbeza daripada kelaziman kerana perang ke atas #COV1ID-19 – Agong

Petugas barisan depan tampil penuh dedikasi hadapi #COV19, hargailah sumbangan dan pengorbanan mereka – Agong

Agong yakin PM @MuhyiddinYassin akan membawa negara mendaki persada kejayaan

Agong seru majikan tidak buang pekerja sewenang-wenangya ekoran perniagaan terjejas akibat wab4k #COVI1D-19

Tindakan prok0vasi perlu dib3endung, elak jadi wab4k kepada kestabilan negara – Agong

Peningkatan aktiviti ketente3raan kuasa besar asing di Laut China Selatan wajar diberi perhatian – Agong

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman – Agong

Agong seru tangani salah guna ddah, penyeldupan dan pemerd4g4ngan manusia

Kerajaan perlu rangka pendekatan komprehensif tangani kemasukan pendatang asing tanpa izin – Agong

Ahli Parlimen perlu menjiwai keluh kesah rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensit1iviti agama dan bangsa

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://transformasi.pw/

Be the first to comment on "Najib Razak Hadir Di Parlimen. Gambar Yang Dimuat Naik Oleh Najib Razak Jadi Bualan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*