Beg & Kasut ‘Berkulat’ Selepas 2 bulan Tutup Operasi? Jangan Bimbang Semua Barangan Telah Pun….

Beberapa hari lalu viral gambar memaparkan keadaan barangan kulit seperti kasut dan beg yang kelihatan seperti telah dipenuhi dengan kulat atau fungus.

Difahaman, insiden tersebut berlaku di cawangan Metrojaya Suria Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.

Malah, Ketua Pemasaran Kumpulan The MUI, Karen Mak semalam mengakui berlaku kerosakan pada sebahagian barangan jualan mereka.

“Namun agak kesal dengan penyebaran gambar terbabit yang sepatutnya untuk kegunaan siasatan dalaman sahaja.

“Ada pelbagai sebab mengakibatkan barangan di premis berkenaan dalam keadaan seperti itu, namun punca sebenar masih dalam siasatan.

“Kami mengambil langkah pencegahan yang diperlukan mengikut panduan pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memberi jaminan pelanggan boleh membeli-belah dengan selamat di premis terbabit,” katanya menerusi Harian Metro.

Can open shop also no point…goods all damaged after being left in shop for 2 mths…😥

Posted by Nex Nezeum on Sunday, May 10, 2020

Namun, tidak sampai beberapa jam kenyataan dikeluarkan, viral pula video proses pembersihan dilakukan di pusat membeli belah tersebut.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pekerja meletakkan barangan yang telah rosak ke dalam plastik hitam.

Sama ada dibuang atau dibersihkan itu masih belum dimaklumkan secara khusus.

Apa yang pasti, sebuah jenama kasut di dalam pusat membeli belah itu telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

Menurut syarikat itu, kesemua barangan yang rosak pada permukaan telah pun dibuang untuk keselamatan pengguna.

Anda boleh lihat kenyataan tersebut di bawah.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "Beg & Kasut ‘Berkulat’ Selepas 2 bulan Tutup Operasi? Jangan Bimbang Semua Barangan Telah Pun…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*