Ni4t kongsi gambar sempena hari jadi ibu, akhirnya timbul cerita lain – “Saya sangat manja dan rapat dengan mama”

PERSIS anak dara. Begitulah kejelitaan seorang ibu anak tiga walaupun sudah berusia 40 tahun.

Kecantikan wanita yang juga seorang suri rumah ini h4ngat diperkatakan netizen selepas anaknya, Affa Danial berkongsi foto mesra mereka di Twitter.

Malah gambar tersebut turut mengelirukan netizen sehingga ramai menjangka mereka sebagai pasangan kekasih.

“M4ti-m4ti ingatkan dia panggil girlfriend dia mama, ” kata Aiynul.

Antara komen-komen netizen selepas foto Affa bersama ibunya tular.

“Serivslah ni mama kau? Muda gile, ” tulis Badrul.

“Saya ingat dia isteri kamu… hahaha sekali mama, ” kata Batrisya.

Menurut Affa, dia terkejut apabila gambar yang dikongsinya sempena hari lahir ibunya pada 14 April tiba-tiba tular.

“Sebenarnya gambar tu dah lama. Saya post sempena birthday mama. Terkejut sebab tiba-tiba blow up.

“Ramai ingat dia girlfriend saya tapi hakikatnya dia adalah mama saya. Tak sangka ramai tak percaya, ” katanya kepada mStar.

Mengenai gaya mesra dalam foto tersebut, pemuda berusia 17 tahun itu berkata dia memang rapat dan manja dengan ibunya.

Affa bersama ayah, dua adik perempuan dan ibunya.

“Saya anak sulung dan satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik. Tak dinafikan saya sangat manja dan rapat dengan mama.

“Bagi saya gambar tu biasa je sebab mama dan adik-adik lain pun akan posing macam tu. Gambar tu pun diambil semasa raya, kalau tengok posing mama sama je, ” katanya.

 

 

Tiada apa-apa tip cuma saya sentiasa amalkan makan vitamin C setiap pagi. Saya juga banyakkan makan ulam-ulaman.

SUE.

Ibu.

Ditanya mengenai reaksi ibunya mengenai komen-komen nakal itu, pemuda berasal dari Hulu Terengganu itu berkata ibunya sed1kit terk1lan.

“Mulanya mama tak tahu sebab dia tak ada Twitter. Bila gambar ni dah tersebar kat Facebook barulah mama perasan.

“Mama sed1h jugalah bila baca komen neg4tif. Tapi dia malas nak fikir sangat sebab mulut orang susah nak tutup. Ayah pun diam je.

Affa merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik.

“Mana-mana komen neg4tif tu saya ignore je. Biarlah orang nak cakap apa sebab mereka tak tahu perkara sebenar, ” katanya.

Dalam pada itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Sue itu berkata dia tidak mempunyai sebarang petua istimewa untuk kekal awet muda.

“Tiada apa-apa tip cuma saya sentiasa amalkan makan vitamin C setiap pagi. Saya juga banyakkan makan ulam-ulaman,” katanya.

Perkongsian foto pemuda berusia 17 tahun itu bersama ibunya dengan kapsyen “Happy birthday mama. Love you so much” menjadi tular dan mendapat lebih 9,000 tanda suka di Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ni4t kongsi gambar sempena hari jadi ibu, akhirnya timbul cerita lain – “Saya sangat manja dan rapat dengan mama”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*