Gara-gara muatnaik video dengan niat nak menghin4 TMJ, selebriti Patrick Teoh dir3man

Polis telah men4han selebriti Patrick Teoh atas tuduhan menghin4 Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut The Star, peguam Rajan Navaratnam yang mewakili Teoh, berkata juruhebah terkenal itu didakwa telah berkongsi semula video lama Tunku Ismail dan yang lain yang berpakaian tentera dan mengendalikan senjata api.

Teoh didakwa telah menghamburkan kata-kata kasar ketika berkongsi video itu di akaun Facebooknya pada hari Khamis. Rajan berkata hantaran itu kini telah dipadam dan satu laporan polis telah dibuat berhubung hantaran berkenaan.

 

“Dia dijangka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan malam ini (9 Mei) untuk direman esok (10 Mei),” kata peguam itu kepada The Star.

Teoh sebelum ini dilapor hadir ke Jabatan Sias4tan Jen4yah Petaling Jaya untuk diambil keterangannya. Polis telah mer4mpas komputer riba milik Teoh selepas beliau memberikan kenyataan di Petaling Jaya malam ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan sedang dijalankan oleh polis Johor. Polis Petaling Jaya hanya membantu dalam merakam kenyataannya,

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay pula dijangka memberi kenyataan terhadap kes berkenaan hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

Sumber: MK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: KISAH BENAR

Be the first to comment on "Gara-gara muatnaik video dengan niat nak menghin4 TMJ, selebriti Patrick Teoh dir3man"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*