“Aku Janji Mak, Aku Akan Selalu Buat Mak Bahagia Dan Bangga Di Al4m Sana” – Aeril Zafrel Merindui Ibu

Setiap insan pasti merindui ibu masing-masing setiap ketika, apatah lagi untuk mereka yang sudah pergi meng4dap Ill4hi.

Walaupun perasaan itu wujud setiap masa, pastinya lebih mend4lam apabila tiba Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia dengan hampir semua orang menyatakan sesuatu buat ibu kesayangan.

Dalam satu entri di Instagramnya, pelakon kacak Aeril Zafrel turut berkongsi sekeping gambar ibunya yang agak samar-samar.

“Jika hari ini, mampu kudirikan emas permata dan zamrud ya’qud setinggi dirimu, sungguh tak kan pernah sama nilainya dengan cinta kasih, jasa bakti dan peng0rbananmu. Rindu ini entah bagaimanalah… mahu diungkap.

“Tapi aku yakin mak, Tuhan sudah pun menjawab setiap doa dan harapan yang selalu mak panjatkan padaNya dulu. Meski semuanya itu tak dapat kukongsikan pada mak, namun aku percaya mak ada selalu menatap aku dari jauh,” tulis Aeril penuh syahdu.

Tambah Aeril, dia kini bahagia dan penuh dengan rasa cinta bersama isteri dan cahaya mata sepertimana yang pernah diajar oleh ibu tentang makna kasih sayang pada ayah dulu.

“Aku janji mak, aku kan selalu membuat mak bahagia dan ‘bangga’ di al4m sana. Semoga Tuhan istiqomahkan aku di ‘jalan keindahan’ ini untuk menitip mahligai buat mak dan ayah di sana.

“Nanti bila tiba masanya anakmu ‘pulang’ bisa masuk ke mahligai itu pula. Mudah-mudahan ALLAH izinkan aku menjadi anak yang ‘berkhidmat’ padamu dari dunia hingga ke surga!” tulis Aeril lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jika hari ini, mampu kudirikan emas permata dan zamrud ya’qud setinggi dirimu, sungguh tak kan pernah sama nilainya dengan cinta kasih, jasa bakti dan pengorbananmu. Rindu ini entah bagaimanalah… mahu diungkap. Tapi aku yakin mak, Tuhan sudah pun menjawab setiap doa dan harapan yang selalu mak panjatkan padaNya dulu. Meski semuanya itu tak dapat kukongsikan pada mak, namun aku percaya mak ada selalu menatap aku dari jauh…. anakmu ini bahagia dan penuh cinta bersama isteri dan putera puteri kami sepertimana mak pernah ajari aku makna kasih sayang pada ayah dulu. Aku janji mak, aku kan selalu membuat mak bahagia dan ‘bangga’ di alam sana… semoga Tuhan istiqomahkan aku di ‘jalan keindahan’ ini untuk menitip mahligai buat mak dan ayah di sana. Nanti bila tiba masanya anakmu “pulang” bisa masuk ke mahligai itu pula … . Mudah-mudahan ALLAH izinkan aku menjadi anak yang ‘berkhidmat’ padamu dari dunia hingga ke surga! #IbnuSunari #MeminjamHikmah #KiyaiFattah

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Aeril Zafrel berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada tahun 2013 dan kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Aku Janji Mak, Aku Akan Selalu Buat Mak Bahagia Dan Bangga Di Al4m Sana” – Aeril Zafrel Merindui Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*