Gara2 Prihatin Cuba Betulkan Seluar Orang Tidak Dikenali, Lain Yang Jadi

Trend memakai seluar londeh yang terkenal dalam kalangan orang lelaki bukanlah sesuatu yang baru. Fesyen ini telah dipopularkan oleh pemain skateboard dan artis hip-hop sejak sekitar tahun 1990-an.

Ada juga yang mengatakan gaya seluar londeh yang dikenali sebagai sagging itu berasal dari budaya p3njara di mana b4nduan dilarang untuk memiliki dan memakai tali pinggang, menyebabkan kekurangan seluar yang sesuai.

Bagi yang tidak memahami asal usul trend tersebut sudah pasti akan melihatnya sebagai sesuatu yang meng4rut. Malah rata-rata orang pasti rim4s setiap kali melihat lelaki berseluar dengan gaya tersebut.

Seperti dalam satu video yang tular, seorang lelaki berkulit hitam dilihat berjalan di tengah-tengah bandar yang sibuk dengan seluarnya yang londeh dan kelihatan hampir terjatuh.

Kemudian seorang lelaki berkulit putih berlari ke arahnya sambil membawa tali pinggang untuk membetulkan seluarnya.

Tanpa amaran, lelaki mat salleh itu kemudian menarik seluar lelaki berkulit hitam tersebut ke pinggangnya membuat lelaki tersebut terkejut.

Namun niatnya untuk membetulkan seluar lelaki tersebut gagal apabila seorang lelaki lain datang menvmbuknya kerana menyangka dia berniat jah4t.

Sikap prihatin yang ditunjukkan lelaki berkulit putih itu dalam cuba untuk membetulkan seluar individu yang tidak dikenalinya, serta lelaki yang cuba melindungi individu yang juga tidak dikenalinya sehingga tercetus perg4duhan antara mereka berdua membuat netizen geli hati.

Sumber: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "Gara2 Prihatin Cuba Betulkan Seluar Orang Tidak Dikenali, Lain Yang Jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*