“Tiada Bayi Patut Minum Susu Pekat Manis” – Zarina Anjoulie Nekad Bantu Golongan Susah, RM60,000 Sudah Dibelanjakan Untuk…

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah meminta orang ramai supaya membantu golongan susah khususnya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil.

Menurut Zarina, sepanjang aktiviti bantuan barangan harian dijalankan, antara yang menjadi permintaan ramai adalah susu bayi.

“Kalau ada duit lebih tu minta tolong sangat bantu mereka yang susah terutamanya bayi. Sebab selalu yang saya jumpa semunya bertanya ada bantuan susu tak? Dapat susu pun mereka dah bersyukur.

“Tolonglah kerana tiada bayi yang patut minum susu pekat manis. Anggap itu itu anak kita, tanggungjawab kita,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana perkembangan aktiviti sumbangan yang dijalankan ketika ini, Zarina menjelaskan wang yang dibelanjakan telah mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kalau sehingga hari ini saya tak beberapa pasti, tapi untuk minggu pertama saja kami sudah belanja hingga RM60,000.
 
“Jumlah ini meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan telah diagihkan kepada 1,000 penerima,” katanya. 
 
Zarina berkata demikian ketika siaran langsung menerusi Instagram Astro Gempak dalam segmen #ArtisDudukRumah.
 
Program berkenaan dilakukan setiap hari bermula jam 3 petang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Tiada Bayi Patut Minum Susu Pekat Manis” – Zarina Anjoulie Nekad Bantu Golongan Susah, RM60,000 Sudah Dibelanjakan Untuk…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*