Demi Ayam RM1.99 Seekor…..

Viral beberapa foto di media sosial apabila penduduk sebuah daerah sanggup beratur panjang di sebuah premis perniagaan bagi mendapatkan bekalan ayam murah. Lebih mer1saukan, kesemua penduduk tersebut tidak menjaga social distancing semasa beratur.

Kerana seekor ayam

Menerusi Twitter Nik Farhan, lelaki tersebut memberitahu kejadian itu berlaku di daerah Besut, Terengganu. Menurutnya, ramai penduduk di daerah tersebut sanggup beratur panjang untuk membeli ayam murah. Tambahnya, harga ayam di situ dijual dengan harga RM1.99 seekor.

Farhan juga tidak menyangkal kemungkinan kluster baru yang dikenali sebagai ‘kluster ayam’ bakal wujud sekiranya kejadian tersebut berulang lagi. Dia turut memaklumkan bahawa daerah Besut antara daerah yang mencatatkan jumlah k3s tertinggi di Terengganu selepas Dungun.

Tolong fikir pasal orang lain

Di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk Nik melvahkan rasa k3sal dan risau terhadap kejadian tersebut. Mereka berharap semua masyarakat dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan di samping mengamal social distancing. Beberapa cadangan turut dikemukakan oleh netizen buat penduduk daerah tersebut sekiranya mereka mahu mendapatkan bekalan makanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: OHBULAN!

Be the first to comment on "Demi Ayam RM1.99 Seekor….."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*