Tiga beradik rayu bantuan bawa pulang bapa

TUARAN: Tiga beradik memohon bantuan orang ramai bagi membawa pulang ayah mereka yang kini terl4ntar di Mokpo Honkook Hospital, Korea Selatan ak1bat ang1n ahm4r.

Anak sulung pes4kit, Nor Shahzrina Mohd Nuruddin, 25, berkata ayahnya, Mohd Nuruddin Abdullah @ Jalin Tompipi, 54, dis3rang ang1n ahm4r pada 7 April lalu menyebabkan kehilangan fvngsi sar4f di separuh anggota badan.

Katanya, ayahnya yang bekerja sebagai pemetik buah di daerah Mokpo sejak Februari lalu itu turut menjalani pemb3dahan bagi mengelvarkan dar4h b3ku di bahagian kepala.

“Memandangkan ayah dan ibu sudah berc3rai, kami tiga beradik buntu dan tidak tahu cara untuk membawanya pulang ke negara ini memandangkan kos yang tinggi.

“Malah, kos pemb3dahan sahaja sudah mencecah RM36, 000. Setakat ini, sebanyak RM20,000 yang dikumpul melalui bantuan keluarga, rakan-rakan ayah serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya yang menetap di Kampung Bulieng, Tuaran.

Nor Shahzrina yang juga bekerja sebagai kerani sejak Disember tahun lalu berkata, dua adik perempuannya, Nor Shahrlin Ain Mohd Nuruddin, 23, serta Nor Shahfinah Ain Mohd Nuruddin, 21, masih menuntut.

“Setiap hari kami risavkan keadaan ayah. Lebih-lebih lagi kami tidak dapat berkomunikasi dan hanya rakannya yang sanggup membantu untuk melaw4tnya dan menyampaikan perkembangan kepada kami.”

“Pihak kedutaan Malaysia di sana juga ada membantu menjelaskan keadaan ayah serta jumlah kos rawatan dari pihak hospital berkenaan.

“Kami cuma mampu berharap, ada pihak yang sudi membantu bagi memudahkan urusan kami,” jelasnya.

Menurutnya, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubunginya di talian 014-6539861.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: BHarian

Be the first to comment on "Tiga beradik rayu bantuan bawa pulang bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*