Sejak kebelakangan ini, rumah tangga usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berterusan menjadi persoalan.
Bahkan, timbul pula spekulasi tidak enak dan antaranya juga yang dikatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti satu sama lain menerusi laman Instagram.
Walau bagaimanapun, tidak disangkakan nama ibunya, Rozita Ibrahim atau turut sinonim dengan panggilan Bonda Rozita juga dikaitkan apabila dia dikatakan tidak lagi mengikuti atau ‘unfollow’ menantunya itu, Datin Seri Nur Shahida sehingga timbul pula pelbagai spekul4si.
Oleh itu, Bonda Rozita menerusi Instagram bersuara dengan menegaskan hubungannya dengan menantu itu, Datin Seri Nur Shahida baik saja. Malah baginya, isu unfollow tidak seharusnya menjadi topik perbualan sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka.
Unfollow menantu, Datin Shahida jadi isu Bonda Rozita bersuara
“Dia tetap anak menantu saya lah till jannah”
Kata Bonda Rozita menerusi tulisannya di laman Instagram juga dia memberitahu bahawa hubungannya dengan Datin Seri Nur Shahida masih baik.
Tambahnya juga, dia tidak pernah memburukkan menantunya itu dan tidak mencampuri dunia luar selain dia menegaskan bahawa Datin Seri Nur Shahida tetap menantunya sehingga akh1r hay4t.
Malah dia memberitahu bahawa Datin Seri Nur Shahida merupakan ibu kepada cucu-cucunya dimana pasangan usahawan ini kini memiliki 5 orang anak.
“Saya tak pernah burvkan Ida…”
Pun begitu, menerusi posting Bonda Rozita berkenaan membuatkan rata-rata netizen yang mengikuti mendoakan keluarga usahawan terkenal ini.
Be the first to comment on "‘Unfollow’ Datin Shahida jadi isu, Bonda Rozita bersuara- “Pernah nampak saya…”"